Saifuddin bohong: Zaid

on Nov 18, 2010

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim, berkata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail melakukan pembohongan apabila mendakwa beliau menubuhkan parti baru sebelum memutuskan bertanding jawatan timbalan presiden parti. 

Zaid berkata, dakwaan Saifuddin kononnya beliau menjadi dalang utama atau menggunakan proksi bagi menubuhkan parti baru itu hanya cerita rekaan bertujuan memburukkan dirinya yang kebetulan akan keluar parti tidak lama lagi.



Justeru, beliau menasihatkan semua pihak termasuk media tidak terpedaya dengan pembohongan Saifuddin kerana dakwaan itu tidak berasas dan tanpa disertakan bukti kukuh.
Nasihat saya kepada pemberita, jika budak (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) bercakap, pastikan (ada) maklumat lengkap kerana mereka dilatih berbohong. 

Apa nama parti itu dan siapa proksi saya pun tak tahu. Membuat tuduhan untuk memburukkan orang lain adalah kebiasaan Anwar. Saifuddin macam bos dia (Anwar), suka cakap bohong, katanya menerusi SMS kepada wartawan Berita Harian, semalam. 

Zaid mengulas dakwaan Saifuddin yang mendakwa beliau ialah individu dalam PKR yang bertanggungjawab terhadap rancangan menubuhkan parti baru serpihan PKR dan mengawalnya menerusi proksi. 

Saifuddin turut menyifatkan Zaid sebagai pemimpin PKR yang tidak konsisten dengan perjuangan untuk membawa perubahan dalam parti jika keluar PKR seperti dilaporkan media. 
Kelmarin, Zaid mengesahkan beliau akan keluar PKR tetapi belum menentukan waktu sesuai berbuat demikian, sebaliknya berjanji memberi penjelasan lanjut pada Jumaat ini. 

Mengulas lanjut kononnya menggunakan proksi bagi menubuhkan parti baru itu, Zaid berkata, beliau mempunyai hak untuk menentukan hala tuju perjuangan politiknya, termasuk dengan menubuhkan parti baru. 

Zaid bagaimanapun enggan mengulas berhubung kesediaan PAS menerima masuk sesiapa saja menjadi ahli parti itu termasuk beliau selepas keluar PKR. 

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), Datuk Md Alias Kalil mengesahkan jabatan itu tidak menerima permohonan menubuhkan parti politik baru daripada mana-mana pihak mewakili Zaid. 

Beliau berkata, sehingga Oktober lalu ada 20 parti politik baru menunggu kelulusan untuk didaftarkan dan jumlah permohonan kekal sehingga semalam. 

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List