Kebocoran Di Parlimen Semalam Akibat Rekahan Bumbung

on Nov 25, 2010

Kebocoran Di Parlimen Semalam Akibat Rekahan Bumbung: Shaziman ..PROJEK JUTA-JUTA PUN BOCOR LAGI..!!!!!



KUALA LUMPUR: Kebocoran yang berlaku di kafeteria Anggota Parlimen bersebelahan Dewan Rakyat semalam adalah akibat rekahan di bahagian sambungan bumbung yang sebelum ini melalui beberapa pengubahsuaian.


Memberi jaminan bangunan Parlimen selamat digunakan, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata ia bagaimanapun memerlukan kerja-kerja pengubahsuaian secara menyeluruh bagi mengelak masalah seperti kebocoran tidak berulang pada masa depan.



"Kementerian Kerja Raya akan membuat cadangan mengenai pengubahsuaian itu kepada Kabinet dalam tempoh dua minggu lagi," katanya pada sidang media selepas melihat kerosakan di kafeteria Anggota Parlimen, hari ini.



Beliau berkata, pengubahsuaian sebelum ini hanya membabitkan kawasan yang mengalami kerosakan dan kebocoran tetapi memandangkan Parlimen sudah berusia 47 tahun, ia memerlukan pengubahsuaian secara menyeluruh.
Untuk berbuat demikian, katanya dewan persidangan perlu dipindahkan buat sementara waktu ke dewan serbaguna berdekatan Parlimen dan keputusan itu hanya boleh dibuat oleh Kabinet.



"Setiap kali Parlimen bersidang, Jabatan Kerja Raya akan sentiasa memantau dan melakukan tinjauan terhadap keadaan bangunan Parlimen terutamanya selepas hujan untuk memeriksa sama ada berlakunya sebarang kebocoran," katanya.



Shaziman berkata, beliau meletakkan keutamaan tinggi terhadap bangunan Parlimen dengan memastikan keadaan keseluruhan sentiasa dijaga.
Beliau juga mengarahkan JKR supaya melakukan pemeriksaan ke atas bumbung-bumbung Parlimen terutama selepas hujan lebat untuk memastikan tiada kebocoran. 


BERNAMA

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List