Kes Saman Fitnah RM100 Juta Anwar Terhadap Mahathir Terbatal......???

on Nov 25, 2010

Mahkamah: Kes Saman Fitnah RM100 Juta Anwar Terhadap Mahathir Terbatal Gara-Gara Kelicikan Peguam "Correct, Correct Correct" Si V.K Lingam !!





Hakim mempunyai budi bicara yang luas untuk menulis penghakiman mereka sama ada dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Dalam keputusannya hari ini, mahkamah Persekutuan juga menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas penghakiman Mahkamah Rayuanberhubung saman fitnah yang difailkannya ke atas mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia ditulis dalam bahasa Inggeris.
 Namun penghakiman mahkamah rayuan juga dibuat dalam bahasa Inggeris. Dalam menolak permohonan itu, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria berkata alasan penghakiman tidak terdiri daripada bahagian penghakiman itu sendiri. Beliau bagaimana pun berkata pihaknya memandang serius penggunaan bahasa Melayu di mahkamah. 

Hakim Arifin merujuk pekeliling yang dikeluarkan oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hashim Yeop Sani, pada 1990 yang mana beliau berkata sekurang-kurangnya satu penghakiman mesti ditulis dalam bahasa kebangsaan. 

Sehubungan dengan penghakiman hari ini, Anwar juga diarahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM70,000, meskipun peguam Mahathir iaitu VK Lingam(foto) memohon RM100,000. Lingam berkata pengujian tanda aras mesti dibuat bagi permohonan kes-kes Mahkamah Persekutuan sambil merujuk kepada satu penghakiman di mana mahkamah rayuan bersetuju kos RM100,000 diberikan. 

Anwar kelihatan agak geram dengan penghakiman hari ini. "Dia (Lingam) adalah seorang jutawan. Saya kalah kes ini. Ini adalah peguam Mahathir, jadi macam mana boleh kita menang?” katanya di luar mahkamah. Peguamnya,Karpal Singh berkata mereka sedang mempertimbangkan untuk membuat rayuan keputusan tersebut.


[Keputuan tersebut dengan sendirinya membatalkan rayuan Anwar dalam kes saman malu RM100 juta yang dikemukakan ke atas mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Dua lagi anggota panel hakim yang bersidang hari ini ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Suriyadi Halim Omar. Pada 20 Oktober tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar atas sebab teknikal kerana tidak menyediakan memorandum rayuan dalam bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Malaysia.

 Peguam Anwar juga dikatakan tidak menandatangani memorandum tersebut dan oleh itu, ia menjadi cacat. Anwar telah menyaman fitnah mantan perdana menteri itu berhubung kenyataan yang telah dibuatnya].

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List