KEMENANGAN DI RANCANG....BETUL KE......???

on Nov 7, 2010



TGNA: Kemenangan BN Di Galas Sudah Dirancang. BN Tanggung Dosa Sampai Akhirat.





Kemenangan BN di Galas diragui

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meragui kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas kerana mendakwa ia sudah dirancang rapi terlebih dahulu.


Beliau mendakwa perancangan sudah dibuat pihak tertentu kerana pada malam sebelum hari pengundian, salah seorang Menteri Kabinet mengeluarkan kenyataan BN akan menang besar di Galas.



“Saya rasa ragu, kerananya keesokan nak mengundi tu, malam tu saya tengok di televisyen seorang Menteri cakap dah BN akan menang banyak. Dia tahu mari mana BN akan menang banyak, sedangkan esok baru nak mengundi. Makna ada benda dia buat.



“Bagaimana beliau boleh berkata demikian jika perancangan tidak dibuat. Itu yang meragukan,” katanya kepada pemberita selepas Kuliah Jumaat, di sini, semalam.


Menteri Besar Kelantan itu juga menyifatkan BN akan menanggung dosa jika kemenangan yang diraih itu hasil tindakan mereka mengugut rakyat dengan pelbagai sogokan yang ditaburkan.



Katanya, beliau boleh menerima kekalahan itu jika kemenangan calon BN mengalahkan Pas kerana ia kehendak rakyat Galas, tetapi jika BN menang disebabkan tindakan tidak betul, BN kena tanggung akibatnya di akhirat kelak.



“Kalau rakyat terima sungguh BN sebagaimana kehendak dia, tolak Pas, itu tidak mengapa tetapi jika tolak Pas ambil BN kerana sebab atau tindakan tertentu, seperti ugutan, sogokan dan sebagainya, dosa BN tanggung sampai akhirat kerana dia tak beri peluang kepada rakyat memilih,” katanya. -SH



Ulasan GB


Mengenai penipuan itu, apa yang disampaikan oleh TGNA serupa dengan apa yang GB telah catatkan di dalam blog ini sehari sebelum pilihanraya. Dua kali GB tulis.









Tetapi orang kata GB ni nobody dalam PAS, jadi takde siapa dengar teguran dan nasihat GB kepada pimpinan PAS. Namun GB puashati sekurang-kurangnya telah melaksanakan tanggungjawab yang Tuhan beri... sebagai seorang blogger muslim dan mukmin.

Mae :-
Aku dah agak dah. Bila SPR kata akan gunakan helikopter, kompom ada perkara yang tak kena.. Lain lah kalau dalam heli tu ada ejen calon calon tapi aku tak tahu lah kalau itu di benarkan. Lagi pun orang SPR berkata mereka ada kuasa untuk gunakan helikopter dalam keadaan tertentu.

Ada mata pandang... Ada telinga dengar...Ada mulut cakap...Ada kepala otak lu fikir lah sendiri....

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List