Benarkah Bekas Pengerak Laman Mahazalim Blogger Mesra-Kerajaan...???

on Dec 4, 2010



Saya melihat laman-laman Mesra-Kerajaan 'raya sakan' dengan tulisan Zaini Hassan, kolumnis Cuit dalam Utusan Malaysia yang sebelum ini saya dah ulas artikelnya. (Sila baca di sini)

Mereka berbangga pasal ranking blog mesra-kerajaan dilihat seolah-olah menguasai kedudukan di atas dalam 100 kedudukan portal atau blog politik di Malaysia.

Saya juga difahamkan ada satu gambaran yang membimbangkan seolah-olah blog yang dahulunya pro-pembangkang sekarang sudah beralih arah kepada mesra-kerajaan. Kebimbingan ini bukannya datang daripada orang biasa, tetapi juga datang daripada orang-orang besar PAS.


Saya berpendapat ulasan Aduka Taruna boleh diguna pakai dalam hal ini. "Kepala hotak" budak ini masih ok lagi rupanya. Anda boleh baca tulisannya pada enteri terbaru bertajuk "Blog UMNO-APCO mengatasi blog rakyat?"
Seperti yang saya sebut sebelum ini, Zaini Hassan bukannya buat 'reseach' untuk menulis perkembangan politik blogger. Sekadar mengambil kesempatan atas apa yang sedang berlaku sekarang.

Lagi pun Zaini sendiri menulis, sebagai wartawan konvesional mereka bukan buat kerja yang baik dan dia sendiri mengakui tidak akan boleh mengalahkan persediaan yang dibuat oleh blogger. Maaf bukan saya kata!

Bahan-bahan dalam blog mereka cukup kuat. Siap dengan gambar, grafik dan fakta-fakta yang cukup mengkagumkan, yang media arus perdana – akhbar-akhbar, radio dan televisyen – gagal melakukannya (lagi). - Zaini Hassan

Saya juga menyebut Zaini Hassan menulis, sekadar memenuhi tuntutan periuk nasi sebagai pekerja Utusan Malaysia. Pasal itu fakta dan maklumatnya adalah tidak benar-benar tepat.

Saya ambil satu contoh daripada tulisannya.

‘‘Saya sebagai penggerak laman web Mahazalim serta Mahafiraun ketika itu berjaya memporak-perandakan pemikiran rakyat terhadap Mahathir,” kata Anuar Md. Nor, blogger yang kini menggerakkan blog UMNO Reform atau pembaharuan UMNO yang mesra-kerajaan.

Petikan itu adalah satu kenyataan manipulasi yang mengambil kesempatan daripada kemasyuran laman Mahazalim dan Mahafiraun.

Saya tak tahu apa tujuan penulisan ini, sekadar nak tunjukkan sokongan kepada kerajaan oleh penulis-penulis blog? Atau sekadar nak mengambarkan semua blogger sudah tersilap sebelum ini, dan sekarang baru sedar dan menyokong kerajaan?

Mari kita bermain fakta.

Saya ada gambar Greenboc, tapi rasanya tak nak letak
Zaman Reformasi bermula tahun 1998. Laman Mahazalim telah wujud sebelum itu lagi. Dia diasaskan oleh seorang blogger yang sekarang menggunakan nama Greenboc, pernah menjadi Pembantu Webmaster Tranungkite (TKO) dan DJ Radio TKO.fm milik Tranungkite. Anda boleh lawat laman pengasas Mahazalim ini di http://greenboc.blogspot.com/

Untuk tahu kisah sebenar daripada mulut pengasas laman Mahazalim, anda boleh baca artikel ini (Klik) setelah beliau meninggalkan TKO atas beberapa sebab tertentu. (.. tutup kes aku pernah gaduh dengan dia ni...)

Sebelum pilihanraya ke-10 pada 29 November 1999, laman Mahazalim telah bertukar tangan dengan keluarnya Laman Mahazalim2. Pengasas laman ini adalah orang Terengganu yang pernah menjadi wakil rakyat. Saya tak berhasrat mendedahkan namanya tapi dia juga menggunakan nama 'Awang Siber'.

Apa yang boleh saya beritahu ialah dia ini cukup rapat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim sekarang. Jika anda kenal dan boleh bertegur sapa dengan Nurul Izzah, Naib Presiden PKR sekarang anda boleh tanya hal ini, rasanya dia akan memberitahu anda siapa sebenar Mahazalim yang kedua.

Soalnya dimana kedudukan si Anuar Md. Nor yang dikatakan mengaku sebagai pengerak web Mahazalim yang memporak perandakan Tun Mahathir?

Saya tak ada maklumat yang jelas, bahawa si Awang Siber ini dibantu oleh Anuar Md. Nor semasa dia mengendalikan Mahazalim? Saya lebih berpendapat tidak.

Oleh kerana Awang Siber telah menjadi YB. Laman Mahazalim telah diserahkan kepada seseorang. Saya juga tak pasti secara jelas siapa dia. Ada kemungkinan dia ialah Anuar Md Nor.

Selepas itu Mahazalim diserah pula kepada seseorang yang berada di Australia (yang keempat). Dia ini mencari nafkah di sana. Banyak mengutip derma dan juga membuat iklan pada laman Mahazalim. Anda boleh tahu secara detail dengan bertanyakan kepada Zunar.

Apa yang menarik pada cerita ini?

Laman Mahazalim memang hebat dan banyak membantu kemenangan APU (Angkatan Perpaduan Umah) dalam pilihanraya ke-10 tetapi selepas di kendalikan mungkin oleh Anuar Md Nor laman Mahazalim telah merosot dan gagal!!!

Ingat bagaimana suatu masa dulu bila buka laman Mahazalim ada gambal lucah kononnya di hack, tetapi yang peliknya e-mail mereka tak di 'hack'. Kalau anda biasa dengan tapak hosting Tripod ini tak mungkin berlaku. Kerja siapa?

Ingat bagaimana Black-14 menyebabkan pecah dua kumpulan laman. Tranungkite, MindaRakyat dan M@rhain dan beberapa lagi satu kumpulan menolak boikot untuk tidak mengemakini laman, manakala Mahazalim dan kumpulannya satu puak.  Ini kerja siapa?

Tak ada hebatpun bagi saya nama Anuar Md Nor yang disebut sebagai pengerak laman Mahazalim dan Mahafiraun. Semuanya omong-omong kosong penulis 'bangkap' dengan fakta saudara Zaini Hassan bagi menyedapkan jalan cerita.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List