Lepas jawatan ketua pembangkang - Ahmad Maslan

on Dec 4, 2010

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan hari ini mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim agar melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang selepas parti diterajuinya hilang enam kerusi yang dimenangi sejak pilihan raya umum Mac 2008.

Beliau berkata, Anwar dilantik menjadi Ketua Pembangkang selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) memperoleh 30 kerusi semasa plihan raya umum itu manakala rakan sekutunya DAP mendapat 29 manakala Pas dengan kemenangan 23 kerusi dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) satu kerusi.

"Pada masa itu, PKR mempunyai majoriti yang lebih dan wajarlah beliau selaku Penasihat PKR menjadi ketua...tetapi kini parti itu hanya mempunyai 24 kerusi selepas lima Anggota Parlimennya meninggalkan parti dan kehilangan satu kerusi di Hulu Selangor.

"Pakatan itu sepatutnya kini diterajui Lim Kit Siang dan Anwar hendaklah menyerahkan jawatan itu secepat mungkin bagi menunjukkan keikhlasannya kepada pakatan PKR-DAP-Pas tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ceramah perdana Juara Rakyat UMNO Bahagian Beruas di Dewan Kampung Banjar hari ini.

Ahmad Maslan berkata, dengan cara itu sahaja Anwar boleh menunjukkan keihklasannya, adil dan setia kepada perjuangan...kalau dia (Anwar) benar-benar ikhlas dalam perjuangannya berikanlah jawatan itu kepada Penasihat DAP, Kit Siang.

Katanya, kenyataan Anwar yang akan melantik Lim sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya berkuasa adalah helah politik semata-mata.

 Bernama

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List