
Pengerusinya, Ragunath Kesavan (kanan) berkata perkara pertama yang perlu dijawab adalah sama ada benar atau tidak seseorang telah membayar perbelanjaan Abdul Gani dan keluarganya menunaikan ibadat Haji baru-baru ini. Kedua, sama ada bayaran itu sebagai satu bentuk penghargaan kerana melakukan sesuatu ataupun untuk tidak melakukan sesuatu.
"Ini adalah dua isu yang menjadi soalan. Saya tidak pasti sama ada Abdul Gani sepatutnya menjawabnya tetapi ia terserah kepadanya untuk memberikan respon,” katanya kepada Malaysiakini.
"Isu yang hampir sama ditimbulkan apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat didakwa ditawarkan untuk menunaikan ibadat haji oleh sebuah syarikat.”

"Ramai juga yang berada di sana, bukan hanya Abdul Gani, dan ini tidak sepatutnya dijadikan satu isu,” katanya.
Ditanya kemungkinan hubungan antara Abdul Gani dan Shahidan mengakibatkan “tiada tindakan” ke atas Tajuddin, Ragunath menolaknya dan berkata ia cuma khabar angin.
Abdul Gani dan Shahidan enggan mengulas dakwaan berkenaan ketika disoal wartawan semalam. Kedua-dua mereka berkata mereka tidak mempunyai sebarang komen.
0 comments:
Post a Comment