Jika zaman UMNO Khir Toyo..mampus nak bagi arahan macam nie..!!

on Dec 4, 2010

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri sudahpun mengarahkan jabatan audit untuk mengaudit secara menyeluruh ke atas beberapa urus niaga yang dikatakan tidak selaras dengan tata cara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). 


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, buat masa ini, jabatan audit diberikan masa selama dua hingga tiga minggu untuk menjalankan proses tersebut. 



“Saya sedang menunggu laporan itu, apabila siap kita akan benarkan laporan itu dibacakan oleh orang ramai supaya kita mendapat maklumat dan penjelasan tentang perkara itu. Kemudian barulah tindakan yang sesuai jika perlu diambil,” katanya. 



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus yang menggesa beliau dan Pengurus PKNS, Othman Omar menjelaskan pelantikan tiga syarikat oleh PKNS yang didakwa tidak mengikut peraturan. 



Abdul Shukor berkata, lantikan syarikat yang mempunyai alamat operasi sama dan kepentingan seorang individu itu sepatutnya dibawa ke jawatankuasa tender, bukannya jawatankuasa sebut harga.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List