"Jeffrey porak poranda parti" – Andipai

on Dec 10, 2010

andipai


KOTA KINABALU: Bekas calon PKR Parlimen Pensiangan dalam pilihan raya umum (PRU) 2008, Danny Andipai mencadangkan supaya bekas Naib Presiden Datuk Dr Jeffrey Kitingan dipecat kerana didakwa melancar agenda bagi memporak-poranda parti itu di Sabah.
Katanya, sepanjang menjadi naib presiden, Jeffrey tidak pernah berusaha untuk memperkasa parti tetapi sebaliknya merancang strategi untuk memecah belah perpaduan PKR Sabah sehingga parti gagal menang sebarang kerusi pada PRU 2008.
“Kehadiran Jeffrey dalam PKR selama ini hanya bersifat pengacau atau gunting dalam lipatan kerana sejarah politiknya membuktikan, sokongannya membawa rebah. Semua parti yang disertainya porak poranda.
"Dia masuk PBS, PBS tumbang kepada BN. Dia sertai AKAR, parti itu terpaksa dibubar. Dia sertai PBRS, berlaku krisis perlembagaan.
Dia masuk PKR, PKR hampir hancur. Sebelum PKR hancur, pucuk pimpinan wajar pecat Jeffrey,” ujarnya.
Kata Andipai, Jeffrey menjadi dalang utama kepada Geng 12 ‘Trojan Horse’ yang digantung keahlian selama setahun kerana menaja Parti Cinta Sabah.
Menurutnya, beliau sedia mendedahkan bukti pengkhianatan Jeffrey kepada pucuk pimpinan parti jika PKR memecat Jeffrey.
Ketua Penerangan PKR cabang Batu Sapi, Addin Ismail turut mencadangkan agar Jeffrey dipecat terus dan disenarai hitam oleh PKR atau menghalang dari menyertai mana-mana parti Pakatan Rakyat kerana ibarat "memelihara ular tedung di dalam rumah."
Katanya, pemilihan jawatan ketua perhubungan PKR Sabah akan dipantau oleh Naib Presiden, Tian Chua.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List