Riwayat Ronnie Liu Bakal Berkubur .......???

on Dec 10, 2010




Alamak .... apalah nasib aku nie ..... dahlah jatuh terjelupuk .... kini ditimpa tangga plak ....Susah aku kalau macam nie .... sia-sia sahaja aku berjuang bagai nak gila ...."

Mungkin itulah luahan Ronnie Liu, EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang bukan sahaja tewas dalam pemilihan DAP Selangor bulan lepas, malah hari ini sekali lagi dipinggirkan apabila tidak tersenarai sebagai lima yang dilantik menganggotai jawatankuasa parti negeri itu.

Sebaliknya, kepimpinan baru yang diteraju Teresa Kok itu melantik Azman Masri, peguam dan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) V.Ganabatirau, Lee Kee Hiong, anggota Majlis Bandar Raya Shah Alam Ang Leng Kiat, dan Lwi Kian Keong.

Senarai itu diumumkan Setiausaha DAP Selangor Ean Yong Hian yang dimuktamadkan selepas mesyuarat jawatankuasa tersebut malam tadi.

"Barisan kepimpinan baru DAP Selangor kini terdiri daripada 20 anggota," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Pada 28 Nov lepas, Liu tewas dalam perebutan 15 kerusi yang dipertandingkan namun dijangka akan dilantik ke dalam barisan jawatankuasa DAP Selangor.

Bagaimanapun dengan keputusan mesyuarat malam tadi, masa depan kerjaya politik bekas setiausaha politik Lim Kit Siang itu kini terumbang-ambing, sekalipun masih menganggotai jawatankuasa kerja pusat.

Minggu lepas, Liu diberikan surat tunjuk sebab selepas membuat kenyataan kepada sebuah portal berita mendakwa berlaku politik wang semasa pemilihan parti.

Adakah ini tanda-tanda RIWAYAT POLITIK RONNIE LIU akan terkubur tidak lama lagi .... Apakah punca Ronnie Liu disingkirkan, benarkan POLITIK WANG wujud dalam DAP ..... Selepas PKR, DAP plak bermain POLITIK WANG ......

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List