Maaf, saya tak pergi kemahkamah pun hari ini atas nasihat peguam. Masa Wan Azmir dan Jeremy datang rumah saya tengahari tadi pun, saya masih membuta. He he. Nasib baik Liza dan Yaya tolong masak 'ayam masak lemak cili api, sayur bayam masak air, sambal belacan dan telur dadar' serta meraikan kehadiran mereka berdua tadi. Terima kasih Liza dan Yaya
Disni saya sertakan sms dari Wan Azmir yang ditujukan pada saya pukul 4.14 petang.
"Hari ini pihak2 bersetuju untuk menangguhkan kes untuk dpt sanksi drpd insolvensi...kes akan cuba dilupuskan dgn satu pemohonan ringkas atas isu undang2..tadaaa"
Disini saya sertakan email yang diterima dari Jeremy jam 5.30 petang
Dear Uncle.
Saya hadir di rumah uncle tengahari tadi. Cukup indah permandangan persekitaran rumah uncle.
Uncle pada masa itu sedang beradu, jadi tidak dapat untuk saya maklumkan kepada uncle apa yang telah berlaku di Mahkamah pagi tadi.
Pihak-pihak telah bersetuju untuk melupuskan kes ini dengan menetapkannya untuk hujahan atas isu undang-undang, iaitu sama ada Plaintif, berdasarkan Pernyataan Tuntutannya, mempunyai kausa tindakan terhadap Defendan. Prosiding bagi menetapkan kes ini untuk hujahan atas isu undang-undang ini akan diterajui oleh Defendan selepas peguam-peguam Plaintif dan Defendan mendapat sanksi daripada Ketua Pengarah Insolvensi, dan selepas semua suratcara adalah teratur.
Bagi tujuan memelihara status quo, Mahkamah juga telah membuat satu perintah dalam terma perintah Injunksi ex-parte yang telah dibuat sebelum ini, yang akan berkuatkuasa sehingga pelupusan prosiding hujahan isu undang-undang itu, atau perintah selanjutnya.
Mahkamah juga telah menetapkan 27.1.2011 untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar bagi pihak-pihak hadir untuk mendapatkan arahan-arahan Mahkamah yang selanjutnya.
Terima kasih.
Jeremy.
Sumber :- http://uncleseekers.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment