Saifudin Nasution :- Bereskan Dulu Kepincangan Dalam PKR Baru Boleh Cerita Hal Lain.....???.....

on Dec 22, 2010

Tawaran perbaiki IMEJ Polis, SPRM, JPP dan Keadilan




Mendengar ucapan Setiausaha Agong Keadilan YB Saifudin Nasution dalam video di atas memang amat memukau dan mempersonakan. Beliau memang amat petah dan cara penerangan beliau memang amat disukai rakyat. Memang amat teruja mendengarnya.

Sharpshooter amat bersetuju dengan semua hujah-hujah yang disampaikan terutamanya tentang tawaran perbaiki imej Polis dan SPRM yang lebih berwibawa. Memang benar imej Polis dan SPRM tercalar teruk kerana mereka terpaksamenyapu kesalahan pemimpin umno dan b-end di bawah permaidani merah yang indah. Syabas YB Saifudin kerana berani menyatakan yang benar walaupun amat pahit. Inilah yang rakyat mahukan sebenarnya.

Namun begitu, YB Saifudin jangan terlupa imej JPP dan Keadilan juga tercalar teruk kerana pemilihan yang pertama kali diadakan dengan format baru satu ahli satu undi yang menyaksikan insiden pergaduhan dan penipuan dan kemuncaknya Zaid Ibrahim keluar Keadilan dan kini menjadi Presiden parti KITA. Sharpshooter hormati itu keputusan Zaid namun bagi sharpshooter, Zaid telah buat satu keputusan yang salah.

Zaid mengikut jejak Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Parti Semangat 46 pada tahun 1988 apabila beliau tewas dengan Dr Mahathir pada tahun 1987 dengan majoriti 43 undi. Akhirnya Semangat 46 pun kini terkubur kerana asas penubuhannya hanya berpaksikan kepada emosi dan balas dendam kerana kalah dalam pertandingan.

Jelas sejarah telah membuktikan bahawa jika asas perjuangan yang dibina tidak kukuh dalam parti, akhirnya Semangat 46 pada tahun 1996 telah tersungkur menyembah bumi dan terus terkubur dalam lipatan sejarah politik Malaysia.

Sebagai ahli Keadilan, sharpshooter tertunggu-tunggu juga bilakah agaknya YB Saifudin akan buat atau umum "TAWARAN PULIHKAN IMEJ JPP DAN KEADILAN" sebelum kita menerjah dalam pertempuran musuh sebenar umno b-end dalam PRU 13.

Dalam ucapan YB Saifudin semasa Kongres berlangsung di Shah Alam, beliau berjanji malah Anwar juga berjanji akan menyiasat segala aduan yang dikemukakan dalam masa dua minggu, namun hingga kini segala aduan seolah-olah telah disapu dibawah permaidani biru muda.

Kita tidak bersetuju dengan Polis dan SPRM menyapu kesalahan pimpinan umno dan b-end di bawah permaidani merah, janganlah pula Keadilan juga menyapu segala kesalahan pemimpin Keadilan di bawah permaidani biru muda berlajur merah.

Cukuplah tahun lalu kesalahan Fairus TKM 1 cuba ditutup dan disapu dibawah permaidani biru muda berlajur merah yang indah. Anwar bohong kepada rakyat dengan mengatakan Fairus mahu sambung belajar. Alangkah indahnya ketika itu jika Anwar tegas dengan mengatakan bahawa kita serius dengan pemimpin yang menyeleweng, kita ambil tindakan tegas. Rakyat akan hormat Parti Keadilan Rakyat kerana ketegasan atas prinsip bukannya berbohong dan akhirnya Fairus masuk umno semula.

Fairus juga berbohong dengan mengatakan beliau masuk umno setelah solat istiqarah selama 3 bulan dan masuk umno secara ikhlas bukan kerana imbuhan lumayan tetapi yang pelik dan hairannya Fairus telah berjaya melangsaikan hutang keretanya kepada Kerajaan Negeri P.Pinang RM109,000.00 secara tunai setelah masuk umno. Rakyat tahu Fairus berbohong dan rakyat juga tahu Anwar berbohong mengatakan Fairus sambung belajar. Yang sudah tu sudahlah...jangan diulangi perbuatan tersebut jika kita mahu rakyat yakin dan percaya kepada Parti Keadilan Rakyat.

Anwar juga pernah keluarkan kenyataan bahawa Keadilan tidak pernah melantik Zaid Ibrahim sebagai penyelaras parti di sini. Sharpshooter memang tidak menyokong Zaid setelah beliau menarik diri dan keluar parti tetapi persoalannya jangan bohong kepada rakyat.

Laman rasmi web Parti Keadilan Rakyat mengesahkan bahawa Zaid Ibrahim adalah Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat. Anda boleh layari dengan klik di sini untuk melihat semua pimpinan Pakatan Rakyat termasuk PAS dan DAP.


Dalam laman web rasmi Parti Keadilan Rakyat telah memaparkan Zaid Ibrahim, YB Teresa Kok dan YB Salahuddin Ayub adalah Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat bagi parti masing-masing.

Sebenarnya pada peringkat awal, Anwar telah melantik Zaid Ibrahim sebagai Setiausaha Agong Sekretariat Pakatan Rakyat (Penyelaras Parti) tetapi malangnya PAS dan DAP tidak bersetuju tetapi akhirnya semua bersetuju bahawa semua parti mempunyai seorang Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat.

Zaid Ibrahim adalah orang diberi tanggung jawab menyediakan Deklarasi Konvensyen Pakatan Rakyat yang telah dimeterai oleh Anwar Ibrahim, Ustaz Hadi dan Lim Kit siang pada Konvensyen Pakatan Rakyat kali pertama di Shah Alam bertajuk ke arah sebuah negara baru yang adil , telus , saksama , toleransi dan berkebajikan.

Selepas itu Zaid juga pernah keluarkan kenyataan kontroversi dengan menamakan Tuan Guru Nik Aziz adalah orang yang paling layak mengetuai Pakatan Rakyat sekiranya ia berjaya didaftarkan. Kenyataan ini ternyata menghiris hati Anwar dan pendewa Anwar.

Di sinilah bermulanya bibit-bibit negatif tentang Zaid Ibrahim tetapi ianya berjaya diredakan apabila Zaid Ibrahim dicalonkan menjadi calon "Heavy Weight" Keadilan di Hulu Selangor. Zaid Ibrahim ketika itu dijulang umpama wira dan pahlawan sejati Keadilan, Anwar dan Azmin menjulang Zaid Ibrahim pagi petang siang dan malam, inilah calon terbaik Keadilan yang telah teruji, orang yang ada prinsip sangup melepaskan jawatan menteri kerana prinsip.

Jika anda tidak percaya tengok video dibawah ini.


Tetapi bila tiba pemilihan Keadilan 2010, apabila Zaid membuat keputusan untuk bertanding menentang Azmin Ali calon kesayangan Anwar, tiba-tiba sahaja Zaid Ibrahim ini dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan termasuk beliau adalah "trojan horse" dan berbagai-bagai. Beliau terus dihina hingga keluar parti.

Apa yang ingin ditegaskan, janganlah bila kita nak gunakan seseorang, kita puji dia, kita sanjung dia, kita julang dia bagai nak raja dan perwira serta pahlawan tetapi bila kita tidak mahu seseorang kita hina dia, kita aibkan dia, kita fitnah dia. Bukan soal sokong sesiapa tetapi politik begini tidak wajar diamalkan.

Semasa Kak Wan memimpin Keadilan sewaktu Anwar terpenjara 6 tahun, perkara-perkara seperti ini tidak berlaku. Kak Wan memimpin parti secara jujur dan penuh sifat keibuan.

Kini Nurul Izzah Naib Presiden baru telah menawarkan "POLITIK JUJUR ASAS PERJUANGAN" sebab beliau tahu rakyat meletak harapan yang tinggi kepada parti Keadilan. Rakyat marah jika dibohong atau ditipu oleh
pemimpin yang mereka percayai. Jangan rosakkan dan cemarkan serta meliwat kepercayaan rakyat kepada Keadilan dan Pakatan Rakyat.

Berbalik kepada aduan dan laporan kepincangan Pemilihan Keadilan 2010, Sharpshooter telah dedahkan dan laporkan di sini, manakala laporan Chegubard disini. Hingga kini kami tidak menerima sebarang jawapan bertulis. Takkanlah semua laporan itu bohong dan tidak ada satu pun yang berasas.

Lebih menyedihkan ada pula yang menuduh pengkhianat hanya kerana mendedahkan kepincangan parti. Jangan dihukum orang yang mendedahkan kepincangan tetapi hukumlah orang yang melakukan kepincangan.

Berkali-kali ditegaskan, bukan soal menang atau kalah tetapi sebagai TAWARAN UNTUK MEMULIHKAN IMEJ JPP DAN KEADILAN YANG TERCALAR. 

Semalam muncul pula kenyataan rasmi dari ketua AMK Cabang Tenggiri seperti dibawah. Kepada YB Saifudin dan Anwar Ibrahim, segeralah respon dan ambil tindakan segera dan jangan biarkan ianya berlarutan, UBAH SEBELUM PARAH, UBAH DEMI MARUAH.

Kenyataan Rasmi Ketua AMK Cabang Tenggara

21 Disember 2010

che'GuBard Harus Mendesak Hasil Siasatan dan Tindakan

Pemilihan Parti sudah berlalu hujung November lalu. Memang banyak aduan dan rungutan sepanjang pemilihan keadilan 2010.

Namun semuanya dinafikan begitu sahaja, sehinggalah beberapa aduan mendapat perhatian media. Itupun Pihak JPP tidak ke depan menjawab persoalan, hanya Setiausaha Agong (SUA) parti yang menjawab bagi pihak JPP.

Namun apabila diasak oleh pelbagai pihak, ketika di Kongres Nasional 2010 dalam satu kenyataan terbuka SUA menyatakan semua aduan akan disiasat dan diselesaikan dalam masa dua minggu.

Namun sehingga kini sunyi dan sepi. Malah muncul pula persepsi jawatan lantikan diumumkan baru - baru ini seolah-olah cuba menutup mulut pihak tertentu.

Seperti kita mahu menyapu semuanya di bawah permaidani indah. Persoalannya tiada bukti adalah karut !! Di Johor ada satu Cabang dengan jelas JPP terlibat membenarkan orang yang tidak ada dalam senarai pemilih mengundi dengan menambah nama mereka dengan tulisan tangan. Bukti ini disertakan laporan polis dan gambar dihantar kepada ibu pejabat tetapi sampai hari ini senyap.

Ramai yang mengetahui apa yang terjadi mula kecewa. Namun kekecewaan ini sedikit tertangguh dan terubat apabila masih ada tokoh dalam parti yang dilihat gigih mendesak siasatan dan tindakan telus diambil seperti che'GuBard.

Kenyataan che'GuBard yang bertarikh 8 Disember 2010 yang tersiar dalam blog beliau sedikit memberi sinar kepada anak muda.

Terbaru Che'gubard ditawarkan jawatan Timbalan Setiausaha Agong. Selaku orang politik memang ada kewajaran untuk menerima jawatan tersebut sebagai tiket untuk terus aktif di arena politik nasional. Namun saya selaku Ketua AMK Cabang Tenggara dengan ini meminta pertimbangan che'GuBard agar terus berpegang dengan kenyataannya sebelum ini menolak semua jawatan sehingga penyiasatan dan tindakan terhadap penyelewengan dalam Pemilihan 2010 diselesaikan secara telus.

Pendapat ini juga saya rasa turut dikongsi dgn ramai pimpinan muda pelbagai peringkat dalam parti ini. Kami memerlukan pimpinan anak muda berprinsip. Tanpa jawatan pun saya lihat che'GuBard boleh terus bergerak kerana jawatan bukan syarat pengiktirafan.

Akhirnya sekali lagi ditegaskan harap che'GuBard menolak lantikan sebagai usaha perhebat desakan ke arah menjadikan KEADILAN lebih dihormati dan mantap.

Azlan Ishak
Ketua AMK Cabang Tengg




ara

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List