Politiking kaum Cina dan Politiking kaum Melayu

on Dec 22, 2010

Melayu UMNO hari ini terkial-kial berjuang untuk mempertahankan ketuanan dalam negara ini kerana bimbang kerusi ketuanan mereka dirampas kaum lain. Mereka yang selama ini dikira juara dalam sepak terajang politik walaubagaimanapun terpaksa akur dan tunduk kepada kaum Cina yang dikira lebih licik dan cerdik berpolitik sehinggakan sesiapa juga yang berkuasa yang pasti perolehan kepentingan mereka mendatangkan pulangan yang maksimum.


Apabila PM DS Najib turun membuat lawatan ke Pulau Pinang, beliau tidak turun dengan tangan kosong tetapi menggendong projek gula-gula yang bernilai RM250 juta untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Semasa upacara memecah tanah projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Isnin lalu dimana ianya turut dihadiri oleh Ketua Menteri Lim Guan dan Menteri Pengangkutan DS Kong Cho Ha, DS Najib menyatakan Kerajaan Persekutuan akan menjadikan Pulau Pinang satu hab pilihan di rantau ini.

Dalam masa yang sama DS Najib menyatakan selain dari projek pembesaran lapangan terbang itu ada 10 lagi projek infrastruktur yang dikenal pasti akan dibawa ke Pulau Pinag yang di antaranya Pelabuhan Pulau Pinang, pembinaan jambatan kedua dan pengwujudan koridor raya multimedia.

Mungkin projek jambatan kedua dan koridor raya dibawa oleh Pak Lah sebagai gula-gula untuk rakyat PP menyokong beliau tetapi akhirnya beliau juga tewas dengan kelicikkan politiking pengundi Cina PP.

Mereka ternyata bijak mengambil pendekatan mentor mereka Lee Kuan Yew seperti di dalam tulisan Tunku  di dalam buku “Looking Back”- tentang sikap Lee Kuan Yews “what’s mine is mine and what’s yours is mine”.

Rata-rata tahu bahawa Pulau Pinang hari ini dikuasai DAP dan kaum Cina menjadi dominan di pulau tersebut. Jika dikaji secara mendalam dan telus hakikatnya, setakat statistik dan congak rambang hari ini adalah hampir mustahil untuk BN menawan kembali PP.

Malah dengan sikap KM, Lim Guan Eng yang bijak untuk “mempuppetkan” Gabenor Pulau Pinang dalam lain perkataan Raja-Raja Melayu ternyata pengundi Cina PP akan kekal terus mengundi DAP untuk dua atau tiga penggal yang akan datang dan terus memandang hina terhadap Raja-Raja Melayu.

Ditambah dengan peningkatan nilai harta tanah PP kelak seperti Singapura, Melayu akan menjadi minoriti kerana tidak mampu dan terpaksa berhijrah keluar dari Pulau Pinang.

Sebaliknya yang melucukan apabila seorang Perdana Menteri, DS Najib turun melawat Kedah beliau hanya mengendong 10,000 tilam dan 5,000 dapur gas kepada mangsa banjir Kedah. Tidak ada satu pun projek-projek pemangkin yang dibawa ke Kedah yang boleh membawa kesejateraan kaum Melayu di Kedah, hanyalah di Langkawi itu pun untuk mengambil hati Che Det yang masih sihat walafiat.

Apakah hanya itu yang mampu dibawa DS Najib untuk negeri Kedah sebuah negeri Melayu dan Islam? Malah yang mendukacitakan selepas pembahagian tilam-tilam tersebut ada pula bunyi-bunyi sumbang, “rumah siap ada lagi pahat berbunyi” tilam-tilam tersebut bukannya empok untuk menyenyakkan tidur sebaliknya menjadi bahan politiking di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO tempatan yang hanya mengagihkan kepada Melayu-Melayu UMNO sahaja. Akhirnya DS Najib seolah-olah menjadi alat politik bagi mempopularkan pihak tertentu di Kedah.

Kedah adalah negeri majoriti Melayu dan harapan untuk BN mengambil-alih kuasa dalam PRU13 yang akan datang adalah 50-50 itu pun jika berlaku muhasabah yang jujur dalam kepimpinan UMNO Kedah jika tidak Kedah akan berterusan sejahtera di bawah kepimpinan Ustaz Azizan.

Kesimpulannya, di sinilah cerdiknya kaum Cina berpolitik, mereka mungkin tidur di atas tilam yang berlainan tetapi mimpi mereka tetap sama. Melayu UMNO Kedah berebut tilam, Cina DAP Pulau Pinang dengan projek mega menghidang talam.

BERNIAGA RUGI BULUH KASAP, MASUK ANGIN KELUAR ASAP.

Kredit :-     Mummy Rokiah

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List