Seperti yang dilaporkan dalamwww.mclm.org.uk , Malik telah kembali dengan MCLM - Malaysian Civil Liberties Movement - sebuah organisasi yang akan didaftar sebagai parti politik. Parti yang mereka katakan sebagai 'the third way' yang bebas dari PKR. Yang akan memperjuangkan demokrasi dan keadilan sosial yang SEBENARNYA (dah tentu bukan palsu seperti perjuangan PKR). Penubuhan MCLM ini telah diumumkan di satu perhimpunan kecil di sebuah hotel di London pada Ahad lepas.
Apa yang paling membimbangkan Anwar ialah tenaga yang ada bersama Malik iaitu Raja Petra Kamarudin, yang pernah menjadi 'anjing politik' belaan dan pujaannya serta Haris Ibrahim yang juga 'amat sinonim' dengannya.
Anwar! PKR! I'm watching you...closely |
Berdasarkan kepada kritikan yang mereka buat, jelas mereka amat kecewa bukan sahaja kerana Anwar dan PKR gagal melaksanakan reformsyang dijanjikan tetapi juga kerana sedar bahawa Anwar dan PKR adalah entiti yang "cakap tidak serupa bikin dan bikin tidak serupa cakap". Anwar dan PKR sebenarnya jauh tersasar dari amalan demokrasi dan pejuangan menegakkan keadilan sosial.
MCML yang dipengerusikan oleh Raja Petra dan dipresidenkan oleh Haris bercadang akan turut meletakkan calon untuk bertanding dalam PRU akan datang dan Malik merupakan calon pertama dalam senarainya.
Dengan perkembangan terbaru ini Anwar dan PKR pasti mengalami insomnia yang kronik. Kerana 'anjing politik' yang dibelanya sebelum ini pasti akan meratah tubuhnya dengan bengis.
0 comments:
Post a Comment