Setengah abad yang lalu, seekor buaya terbesar di dunia yang panjangnya sehingga 8.64 m ditemui dan ditembak mati di Normanton, Queensland, Australia. Sejak itu, tidak pernah ada buaya sebesar itu pernah ditemui, tetapi semuanya mungkin akan berubah.
Pada minggu ini, Normanton, sebuah kota teluk kecil di Queensland dihebohkan dengan sebuah berita yang cukup menggemparkan. Di sungai Norman yang mengaliri kota itu, dikatakan terdapat seekor buaya yang panjangnya mencapai hingga 8 m. Jika ini benar, maka ia adalah buaya terbesar yang pernah ditemukan pada zaman moden ini.
Berita ini pertama kali datang dari seorang pendeta tempatan bernama Elton Thompson. Dia mengakui memang belum pernah melihat haiwan itu, namun dia memiliki bukti iaitu gambar jejak makhluk raksasa itu.
Pendeta Thompson mengambil gambar itu minggu sebelumnya di tepi sungai Norman sekitar 1 km dari pusat kota Normanton. Dia juga mengukur jejak tapak, lebar tapak kakinya 25 cm dan sebahagian jejak itu terbenam ke dalam tanah hingga 2.5 cm. Dengan ukuran jejak ini, kemungkinan buaya tersebut berukuran sehingga 8 m, katanya.
Orang ramai memandang sepi pengakuan Pendeta Thompson. Namun, selepas itu, seorang nelayan bernama Clint Spry berjaya mendapatkan gambar yang menunjukkan seekor buaya raksasa di sungai Norman. Menurut Spry, buaya itu memiliki ekor yang sama panjangnya dengan perahu yang dinaikinya, iaitu sekitar 3.8 m.
Penemuan pendeta Thompson dan gambar yang diambil Spry segera tersebar di media-media tempatan dan warga Normanton pun berdebat mengenai ukuran buaya itu. Orang ramai tidak mempercayainya tetapi bagi yang lain, buaya sebesar itu bukannya aneh. Ini kerana sejarah kota tersebut dengan buaya terbesar pernah tersebar.
Kota Normanton menjadi terkenal di seluruh dunia kerana pada tahun 1957, seekor buaya sepanjang 8.64 meter pernah ditembak mati oleh seorang pemburu. Buaya tersebut, yang kemudian diberi nama Krys, mencatat rekod dunia sebagai buaya terbesar sehingga kini.
Sebahagian warga tempatan percaya buaya sebesar Krys masih boleh ditemui di kota itu. Pada tahun 1970-an, Queensland melarang perburuan buaya untuk tujuan komersil. Sejak itu, ukuran buaya menjadi semakin besar.
Bagi kota teluk seperti Normanton, buaya adalah pemandangan biasa sehingga sudah tidak menakutkan lagi bagi warga tempatan. Namun, mungkin semuanya akan berubah jika seekor buaya berukuran 8 meter muncul kembali dan membuat kegemparan.
1 comments:
ngeri guys .,
tapi apa masih ada hal seperti ini di muka bumi dan belmum punah ??
Post a Comment