Chua Soi Lek Akan Di Dakwa Seks Oral...?

on Sep 25, 2011








Berhenti menipu dan mengelirukan rakyat, timbalan presiden PKR Chua Jui Meng berkata kepada bekas rakan sekerja di dalam MCA dan Umno kerana kedua-dua parti tersebut telah mengeruhkan keadaan disebabkan isu undang-undang hudud. “Jika Chua Soi Lek seorang yang berani, dia akan mengeluarkan MCA daripada BN sekarang juga. Dia tidak sanggup melakukan perkara tersebut adalah kerana di saat terdapat ura-ura dia akan melakukannya, pihak Bukit Aman akan memanggilnya disebabkan video seksnya. Dia mungkin berani berkata serba sedikit, tetapi jangan risau kerana dia masih lagi di pihak yang salah,” beritahu Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.


“Bagi Muhyiddin dan Umno, kami ingin sekali melihat mereka menyatakan bila masanya yang mereka akan melaksanakan hukum hudud. Buktikan kepada orang Melayu dan orang Islam betapa ikhlasnya kamu tentang Islam dengan mengemukakan rangka kerja yang jelas dan muktamad bagi melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Jika tidak, amatlah jelas sekali bahawa kedua-dua pihak, MCA dan Umno, hanyalah bekerja sama untuk memecahbelahkan rakyat sekali lagi. Orang Islam akan berpaling kepada Umno manakala orang Cina berpaling kepada MCA.

Ugutan seks oral?

Jui Meng, bekas Menteri Kesihatan dan timbalan presiden MCA, merujuk kepada Soi Lek, presiden MCA yang ditangkap di dalam skandal video seks pada tahun 2007. Pada tahun 2010, di kemuncak perebutan kuasa dengan pemegang jawatan sebelumnya Ong Tee Keat, Soi Lek telah berkata bahawa dia ada memikirkan untuk meletakkan jawatan di dalam MCA untuk Pakatan Rakyat. Soi Lek telah dipanggil ibu pejabat polis di Bukit Aman dengan kadar segera dan disoal siasat kerana melakukan seks oral bersama teman wanitanya, kerana ini merupakan jenayah di Malaysia.

Pada minggu yang lepas, isu untuk melaksanakan undang-undang hudud di Negara Malaysia yang majoritinya beragama Islam telah membangkitkan pertelingkahan politik, walaupun ia tidak menarik perhatian awam seteruk sebagaimana sebelum ini. Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah memulakan langkah dengan mencabar Nik Aziz, penasihat rohani PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan, dengan sokongan oleh ketua PKR, Anwar Ibrahim, tetapi dibantah DAP.

Situasi di Pakatan bukanlah sesuatu yang baru dan dan ketiga-tiga parti di bawah Pakatan telah menyatakannya berulang kali. Jika PAS mahu mengenalkan hukum hudud ataupun negeri Islam, PAS mestilah menerima sokongan majoriti sama ada di peringkat negeri atau kerajaan persekutuan untuk PAS melakukannya. PKR mahupun DAP akan terikat untuk menyokong PAS di dalam hal ini.

Soi Lek bergegas untuk mendapatkan ‘mata kemenangan’

Walaubagaimanapun, ia tidak menghalang Soi Lek daripada bergegas untuk mendapatkan perhatian dari pihak media. “Pendirian MCA adalah amat jelas. Kami akan membantah hudud secara keras. Jika Umno ingin melaksanakan hudud, kami akan menarik keluar MCA daripada Barisan Nasional – semudah itu saja. Pendirian kami amat jelas sekali. Umno ingin melaksanakan hudud, MCA bukanlah sebahagian daripadanya, kami akan keluar dari Umno,” beritahu Soi Lek kepada wartawan pada hari Jumaat.

Hudud merupakan tangan bagi perundangan Islam yang berkenaan 6 dakwaan jenayah, dan ditakuti kerana hukuman jenayah di bawah hudud termasuklah dibaling batu hingga mati, memotong anggota badan dan sebatan. 6 jenayah hudud adalah mencuri, hubungan kelamin tidak sah, memfitnah seseorang melakukan zina, minum minuman beralkohol dan murtad.

Pada petang Khamis, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah berkata bahawa Umno menyokong hukum hudud akan tetapi belum lagi sampai masa untuk melaksanakannya. Dia tidak memberi sebarang petunjuk yang merujuk kepada masa yang sesuai untuk melaksanakannya, dia juga tidak menyatakan sebarang cadangan yang jelas untuk memperkenalkan hudud.

Ini telah menyebabkan ramai pengkritik untuk menuduh Timbalan Perdana Menteri tersebut untuk menipu orang Melayu dan yang beragama Islam,kerana setelah 5 dekad menggunakan undang-undang berkuasa, kenapa UMNO masih tidak bersedia untuk hukum hudud?

Padahalnya, Soi Lek dengan semangatnya mencuba untuk memperoleh mata kemenangan dengan komuniti Cina hampir menyebabkan kejatuhannya. Pada tahun-tahun yang lepas, Soi Lek dan MCA telah gagal memenangi sokongan awam disebabkan pengurangan pengundi, yang utama sekali disebabkan oleh ketakutan mereka dan kegagalan untuk berpendirian tegas terhadap Umno.

“Itu boleh difahami kerana semua yang beragama Islam menyokong ajaran Quran. Tetapi kamu mesti melihat kenyataannya yang Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan hukum hudud. Dan itu adalah amat jelas,” kata Soi Lek, menerangkan kenapa komen Muhyiddin boleh diterima oleh MCA.

Tarik tali antara Umno-MCA

Bagi ketua-ketua Pakatan, permainan tarik tali antara Umno-MCA adalah untuk menimbulkan kemarahan DAP, terutamanya Karpal Singh yang telah menunjukkan bantahan keras di atas penubuhan negeri Islam dan hokum hudud. Pihak umum tidak dibenarkan berkata apa-apa, setelah pihak UMNO dan MCA kehilangan kredibiliti kerana membuat keputusan politik yang tidak matang.

Bagi Jui Meng, adalah bagus bahawa isu hudud telah diutarakan. “Bagaimanacarapun MCA akan terus menggunakannya sebagai senjata terhadap pihak Pakatan. Jadi tiada sebarang salah untuk berdebat secara terbuka. Pada masa ini, pihak bukan Melayu masih risau kerana mana-mana sistem baru yang memasukkan hudud boleh merubah ciri-ciri sesebuah Negara akan tetapi mereka tidaklah takut padanya seperti dahulu,” kata Jui Meng./mc



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List