Sekira Nya BN Tewas.....

on Sep 25, 2011

5 perkara yang bakal berlaku jika BN kalah dalam pilihanraya


Angin perubahan yang melanda seluruh negara dan rakyat Malaysia mungkin akan menyaksikan perubahan politik pada skala yang tidak dapt dibayangkan sejak tsunami politik 2008 melanada.Tidak sampai 48 jam selepas Barisan Nasional (BN) telah dikalahkan dalam pengundian 8 Mac, ada desas-desus mengenai "belajar dari kesilapan" dan keperluan bagi gabungan itu "untuk memperbaiki" prestasi hambar.

Mantan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga telah berikrar bahawa BN akan "belajar dari kesilapan" dan "memperbaiki diri" selepas kejatuhan empat negeri kepada Pakatan Rakyat dan membuat kemunculan semula dalam politik yang menakjubkan setelah tewas semasa pilihanraya. Kata-kata Abdullah terbukti telah dibuat dengan tergesa-gesa dan setelah beberapa tahun, ia terbukti palsu sekali lagi.

Sekali lagi keadaan politik nampaknya memihak kepada Pakatan Rakyat akibat kekecewaan dan rasa tidak puas hati rakyat dengan dasar-dasar yang tidak berubah seiring dengan aspirasi mereka. Semua tanda-tanda kini menunjukkan sejarah akan berulang, dan mungkin lebih hebat lagi. BN nampaknya seperti bakal diusir keluar dari Putrajaya sedikit masa lagi. Oleh itu, apa akan berlaku jika buat pertama kalinya dalam sejarah negara ini, BN tewas pilihan raya umum ke-13 yang perlu diadakan menjelang 2013?

Kehilangan mandat terakhir


Penganalisis politik bimbang BN tidak akan melepaskan kuasa dengan mudah, menurut seorang ahli politik veteran, " terlalu banyak kerugian bagi mereka" jadi, mereka akan sanggup melakukan apa sahaja untuk kekal menerajui negara. Seorang ahli sains politik mengandaikan bahawa mungkin mereka akan meluaskan pemerintahan darurat, menggantung kebebasan awam dan bertindak keras ke atas media seperti Ops Lalang 2.

Sudah ada kebimbangan di dalam Pakatan Rakyat bahawa BN boleh melakukan apa saja supaya kekal di Putrajaya walaupun melalui cara yang busuk dan dengan kekerasan jika ia kalah pilihan raya umum akan datang, walaupun beberapa ahli politik BN telah menolak andaian-andaian sebegini sebagai tidak berasas.

Ini tetap berlaku walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bercadang untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dua undang-undang Darurat pada hujung minggu lepas. Dia telah menegaskan undang-undang baru akan diguna pakai bagi menggantikan yang lama. Ada beberapa orang didalam parti yang mula meragui undang-undang ini , khuatir ia tidak boleh melindungi kepentingan Umno di dalam negara. Persepsi negatif terhadap Najib dan partinya menunjukkan kurangnya keyakinan orang ramai terhadap mereka dan menyebabkan mereka semakin percaya bahawa BN sememangnya akan kalah pada PRU ke-13 nanti.

Seorang ahli lama Pakatan Rakyat berkata bahawa peralihan kuasa akan menyebabkan perpecahan didalam parti. Masyarakat sedang memerhatikan proses pilihanraya dan jika ada yang menang atau kalah, sudah semestinya menjadi perdebatan yang hangat. Katanya lagi, Negara mungkin bakal menyaksikan kuasa rakyat yang bakal menegakkan semula mandat demokrasi dengan memberikan peluang memerintah bagi mereka yang lebih layak. Namun, ini hanya akan berlaku jika rakyat berani dan diberi peluang untuk memastikan demokrasi terus bernafas. Jika rakyat sedar setelah sekian lamanya BN telah mencengkam kuasa untuk kepentingan politik dan tekanan akibat cengkaman ini kepada rakyat.

Seorang penyelidik politik menggambarkan jika dalam pilihan raya umum akan datang, beberapa buah negeri akan dimenangi dengan majoriti tipis maka, perpecahan kuasa akan berlaku. Tambah beliau, mungkin akan berulang semula kontroversi politik di Perak dengan adanya ahli ,melompat parti. Ada di kalangan ahli-ahli politik yang tidak sabar-sabar untuk melompat parti semata-mata untuk wang, kedudukan dan kuasa. "Apa yang rakyat telah saksikan di Perak adalah Pakatan yang telah digugurkan hak sah mereka untuk memerintah dan ini mungkin boleh berlaku lagi di negeri lain. Kejadian itu mungkin akan disaksikan semula jika benar keadaan sudah semakin terdesak.

Rakyat bakal menyaksikan satu pusingan baru "politik wang" dengan ahli-ahli politik, termasuk Bebas, melompat parti utuk membolehkan mereka berkuasa di negeri-negeri di mana majoriti adalah tipis. "Mereka akan membawa wang tunai dan membeli kerusi untuk mendapatkan majoriti. Mereka tidak akan merasa bersalah selagi boleh mendapatkan sesuatu yang didambakan, orang akan melihat katak (mereka yang melompat parti) di mana-mana," tambahnya.

Pembangkang yang berdendam


Satu lagi senario yang mungkin berlaku adalah Umno dan komponen BN akan menjadi pembangkang yang degil dan penuh hasad dengki karena terpaksa merawat luka sendiri dan menunggu kesempatan untuk merebut kuasa jika tidak melalui saluran sah, mungkin dari pintu belakang. Ini akan bakal menuntut mereka di dalam Umno dan BN untuk memberi laluan kepada muka-muka baru demi membawa perubahan pada parti.
Seperti yang dinyatakan oleh veteran BN: "Akan ada permintaan untuk transformasi lengkap bukan sahaja dalam hirarki Umno tetapi untuk semua komponen lain BN. Rombakan memang tidak dapat dielakkan dan akar umbi parti akan menuntut jawapan dan ingin melihat beberapa muka lama termasuk beberapa orang muda untuk memberi laluan. "

Seorang pemerhati politik, bagaimanapun, berkata senario BN dalam mod pembangkang tidak akan sealiran dengan parti-parti komponen BN yang lain dan mungkin akan menyebabkan keretakan dalam parti atau memisahkan puak yang bersemangat untuk membentuk entiti baru politik ataupun akan bersekutu dengan musuh-musuh Pakatan yang lama".

Dia menegaskan bahawa pemimpin-pemimpin MCA yang mempunyai hubungan tegang dengan Umno dan sentiasa berada di bawah tekanan dari dalam parti untuk membawa haluan sendiri dan akan terperangkap dalam dilema peranan yang sebenar pada realiti politik selesai PRU ke-13 nanti. Bagaimanapun, Naib Presiden PKR dan bekas Menteri Kesihatan Chua Jui Meng, yang pernah merasa berada di dua belah pihak berkata, berada di kem pembangkang tidaklah sesuram dan menyedihkan seperti yang difikir pemimpin BN. Ini sebenarnya adalah jawapan bagi BN jika ia perlu untuk memulakan pembaharuan yang amat diperlukan dalam parti-parti mereka dan kembali segar semula seperti parti Kuomintang (KMT) di Taiwan.
"Mereka boleh muhasabah diri, menghapuskan politik perkauman, memulakan pembaharuan politik yang amat diperlukan dalam parti-parti mereka sendiri dan cuba memujuk ahli-ahli mereka untuk tidak meninggalkan parti," Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

"Di Taiwan, ini telah berlaku kepada KMT. Parti Demokratik Progresif, Chen Shui Bian berkuasa selepas KMT memerintah Taiwan selama lebih 5 dekad. Tetapi Chen telah mula mengamalkan rasuah dan selepas dua pilihanraya, beliau telah disingkirkan dan KMT kini kembali berkuasa. Ini juga hanya selepas KMT kembali meyakinkan rakyat dengan mengakui kesilapan mereka dan iklas dalam mengambil tindakan itu.”

Mencari orang yang bersalah


Umno dan BN tidak akan menjadi gabungan yang sama selepas PRU ke-13 kerana terdapat tekanan ke atas pihak berkenaan untuk perubahan yang radikal.Sebagai contoh, MCA akan menimbang semula peranan dan hubungan dengan Umno dan parti komponen yang lain kerana pihak-pihak yang ‘post mortem’ untuk mencari jawapan di manakah punca kegagalan mereka. Seorang ahli parti MCA berkata, perubahan mungkin juga menjadi satu rahmat yang terselindung kerana ia akan membolehkan parti itu untuk menilai semula dirinya dan memaksa mereka untuk melakukan perubahan yang amat diperlukan.

"Akan ada keretakan yang besar dalam hubungan antara parti-parti akibat saling tuduh-menuduh. Selepas semuanya selesai, kita boleh nampak entiti yang baru dan mungkin juga beberapa pihak akan membentuk parti baru," kata orang dalam itu.

"Saya rasa MCA akan memutuskan untuk pergi berikutan tsunami politik itu. Dan apa yang lebih buruk bagi Umno adalah ia boleh menarik parti-parti komponen BN yang lain juga. Sudah tentu, scenario yang paling teruk akan akan dialami oleh BN. "

Rekahan yang mendalam boleh memaksa gabungan untuk membina semula dirinya dalam satu bentuk entiti tunggal yang bersatu padu sepertimana hasrat yang diwar-warkannya. Mungkin ada sesetengah parti nyamuk yang terbentuk daripada perpecahan pihak-pihak yang lebih besar dalam BN, semua yang akan menjadi tamparan hebat kepada aspirasi rakyat untuk menamatkan politik perkauman.

Seorang lagi veteran MCA bagaimanapun merasakan bahawa MCA mungkin paling beruntung daripada status quo politik yang baru ini. "Ia mempunyai sumber-sumber dan cara untuk bangkit memenangi hati masyarakat dengan cara yang betul, ia juga boleh menambat hati kaum-kaum lain semasa proses peralihan. Jika ia berjaya melalui fasa ‘makeover’, ia mungkin akan menjadi cabaran sebenar dalam pemilihan akan datang. "

Jadi apa pula dengan Umno? Di mana letaknya UMNO selepas politik baru PRU ke-13? Seorang ahli veteran DAP berkata, Umno akan kalah besar selepas PRU ke-13. "Mereka telah diberi peluang dalam pilihan raya umum ke-12 tetapi gagal untuk memahami kehendak rakyat. Hubungan mereka dengan kronisme, rasuah dan politik wang telah terbukti menjadi kehancuran bagi mereka dan persepsi ini akan sukar untuk dipadam."

Malah, mungkin lebih teruk daripada parti BN yang lain, tuduh-menuduh dan salah- menyalahkan akan lebih galak didalam UMNO dan kepimpinan tertinggi. Keengganan mereka untuk menjauhkan diri dari politik perkauman dan kumpulan-kumpulan seperti Perkasa telah memakan diri sendiri. melainkan jika terdapat perubahan secara menyeluruh, Umno akan menghadapi keadaan yang sukar.

Pakantan baru


Kemenangan Pakatan Rakyat pada pemilihan yang akan datang mungkin memaksa Umno dan BN untuk menilai semula hubungan mereka serta strategi untuk membentuk perikatan baru. Ini tidak semestinya berkesan bagi parti komponen BN yang lain. Sepertimana pendapat seorang veteran PAS, Umno mungkin berada di bawah tekanan untuk kembali solo dan membuang saja idea membentuk pakatan dengan parti-parti komponen BN yang lain.

"Mereka boleh cuba untuk merayu kepada akar umbi dan berharap dalam proses untuk menyembunyikan keretakan dalam parti. Malah, mereka boleh, menarik Perkasa untuk menyertai mereka tanpa menghiraukan MCA, MIC dan pihak lain. Terdapat satu puak dalam Umno yang tidak sabar-sabar untuk melihat Umno berjuang semata-mata untuk hak-hak orang Melayu dan ingin melihat hubungan dengan Perkasa diperkukuhkan, "kata veteran PAS itu lagi.

Pemerhati politik berkata, senario itu akan membolehkan MCA mencari jalan keluar dari BN tetapi dengan kesan sampingan. Seperti yang dinyatakan oleh seorang bekas pemimpin MCA: "Ia adalah senario terburuk bagi MCA. Mereka keluar dari gabungan itu dalam keadaan marah dan terus terang saya katakan, tidak akan ada pemimpin-pemimpin MCA yang mahu rujuk kembali."

Tidak hairanlah, langkah MCA untuk keluar dari BN akan mendorong parti komponen lain untuk sekurang-kurangnya menimbangkan langkah yang sama dan mungkin juga akan memberi isyarat bermulanya pengakhiran buat BN sebagai gabungan yang seimbang. Ada pihak lain yang merasakan kegagalan politik bagi Umno pada PRU ke-13 akan menyaksikan percubaan mereka untuk membangkitkan semula hubungan dengan PAS dengan adanya desakan demi survival politik.

"Pemimpin Umno akan mengemis dihadapan PAS apabila PAS sudah berkuasa. Pemimpin Umno tidak banyak pilihan selain cuba untuk mencari jalan jika parti itu masih mahu wujud pada pilihan raya akan datang," kata pemerhati Umno.

Kerajaan perpaduan


Pemerhati tidak menolak kemungkinan Umno dan BN akan tergesa-gesa untuk mengekalkan kuasa dengan cuba membuat beberapa perkongsian kuasa sebagai salah satu jalan.
Ini adalah salah satu senario yang telah dicuba pada masa lalu dengan Umno berusha untuk mengadakan hubungan baik dengan Pas. Walaupun pemimpin Umno tidak bersetuju untuk bergabung bersama PKR, namun akibat tsunami politik dan kesan buruknya, musuh politik yang paling keras kepala pun akan mula berkompromi.

"Kerajaan perpaduan boleh dilaksanakan jika BN dan Pakatan mendapati diri mereka terpaksa berkongsi kuasa. Tetapi memandangkan permusuhan yang mendalam dan rasa tidak percaya diantara satu sama lain, jalan terbaik bagi mereka adalah cuba untuk berdamai dan bersikap praktikal," kata orang dalam parti BN.
Malah pemimpin-pemimpin Umno,sudah mula sedar ramai ahli parti itu semakin menjauhkan diri mereka. Akibatnya, mereka telah merayu pemimpin-pemimpin PAS untuk bekerjasama. Walau bagaimanapun, pertikaian atas perkongsian royalti minyak di Terengganu akan menghalang rancangan mereka untuk berjaya.
Walau bagaimanapun, langkah itu akan menimbulkan kebingungan di kalangan MCA, MIC dan parti-parti komponen BN yang lain kerana bimbang dengan "kompromi" yang dibuat oleh Umno dengan Pas dan juga kebimbangan mengenai isu negara Islam.

Kesimpulan


Penganalisis percaya keadaan UMNO, jika tidak seteruk yang disangkakan,masih agak terlalu sukar untuk menang dengan margin yang selesa dalam pilihan raya akan datang. Memandangkan keadaan politik yang tidak kukuh dan dengan pungutan suara yang menunjukkan populariti Perdana Menteri merosot minggu ini, Umno dan BN menghadapi satu tugas yang sukar untuk memperoleh kemenangan ke atas rakyat atau orang awam.

Slogan 1Malaysia Najib dan program transformasi nampaknya telah mula malap dengan prospek suram ekonomi global yang menghimpit pelaksanaan segala perancangannya. Kemelut terbaru yang menyatakan 'Tanah Melayu tidak pernah dijajah' telah menbuat rakyat tertanya-tanya sama ada UMNO dan BN berada dalam kekeliruan.

Populariti menyusut Najib ini telah menyebabkan kebimbangan dan pemimpin-pemimpin BN mula takut akan tsunami seterusnya. Dengan pilihan raya yang bakal diadakan, tidak mustahil untuk majoriti senyap membuat sesuatu yang mengejutkan dengan memberi undi mereka kepada Pakatan.

Rakyat Malaysia yang tawar hati mungkin tahu bahawa BN dan Umno khususnya, tidak akan berubah dan satu-satunya cara untuk memaksa perubahan itu adalah melalui peti undi. Bagi rakyat Malaysia, angin perubahan yang melanda tanah air membawa perubahan politik baru, bakal menyemarakkan demokrasi dan keadilan sosial yang mereka telah lama diimpi-impikan.


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List