Hasan Ali dan Nasa Dah Kena Tambat...??

on Dec 16, 2011



Maklumat Tulang Besi dapat ramai di AJK PAS PUsat telah maklum kenapa HAsan Ali dan Nasa bersikap seperti pengkhianat secara terbuka sekarang ini.

Ia ada kaitan dengan beberapa kontrak dan projek yang mereka telah termakan budi dan tertambat. Mengikut temuramah Cikgu Mustafa Ali yang terbaru, mereka ini telah terperangkap dengan beberapa janji dan kontrak yang telah diberikan kepada mereka oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Sedari dulu lagi Tulang Besi telah mendedahkan konspirasi NASA dan Hasang Ali ini. Kalau Nasa, sedari mula lagi sejurus selepas keputusan PRU12, mereka telah berkumpul di rumah Datuk Haron Din.

Termasuk yg berkumpul itu adalah Zulkifli Nordin. Sedari mula lagi mereka telah berkomplot bersama UMNO Selangor untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan MElayu di Selangor.

Dan jawatan yang dijanjikan pada Hasan Ali adalah Menteri Besar Selangor. Namun, takdir Allah SWT Hasan Ali tidak berjaya mendapat jawatan tersebut. 

Pada waktu yang sama, melalui Task Force 2020, perbincangan telah berlaku di Peringkat Pusat untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat. Diberitakan selain kontrak dan projek, NAsa telah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan.

Namun segala-galanya gagal. Ahli2 PAS bangun memberontak. Dibantu oleh blogger2 pro PAS dan PAkatan Rakyat yang sehati sejiwa menolak gagasan "perpaduang" yang diperjuangkan Nasa, Hasang Ali serta Ustaz Harung Din.

Kemuncak penentangan kepada usaha perpaduang ini adalah apabila Presiden PAS sendiri telah berbohong kepada ahli dan rakyat Malaysia kerana menafikan pertemuan dalam gelap. 

Pemilihan 2009 sepatutnya telah menjatuhkan Nasa. Namun pada waktu itu majoriti perwakilan masih tidak mempercayai wujudnya usaha ke arah PERPADUANG ini.

Tetapi pemilihan 2011, lebih 80% perwakilan telah maklum dan melihat sendiri kesan buruk kemenangan Nasa pada 2009. PAS tidak bergerak dan perseteruan di dalam PAS semakin buruk akibat pimpinan Nasa.

Perwakilan mengambil keputusan untuk membuang Nasa dan memenangkan calon yang paling lantang menentang agenda PERPADUANG tajaan Nasa, Hasang Ali dan Harun Din ini.

Maka, berakhirlah era "geng perpaduang". Hasan Ali dipecat dari jawatan Pesuruhjaya Selangor. Nasa terus hilang dari pandangan dan PAS Kelantan sendiri tidak mahu Nasa bertanding di Kelantan.

Akhir sekali terdedahlah sikap mereka sebenarnya. Kemunafikan Nasa dan Hasan Ali sekarang ini didedahkan secara terbuka. HAsan Ali dan NAsa adalah munafik yang selama ini mensabotaj PAS hanya kerana janji jawatan dan kontrak dari musuh.

Hasan Ali benar2 membuang agama yang beliau pegang semata-mata kemaruk hendak menjadi MB Selangor. Bersyukur kepada ALlah SWT Hasang Ali tidak menjadi MB kerana beliau seorang yang "incompetent".

Kalau dia jadi MB, nescaya hancur negeri Selangor yang tercinta ini. Hancur sehancur hancurnya.

Khabarnya sekarang ini Hasan Ali dan Nasa sedang sebuk melobi dan memujuk ramai penyokong serta penggerak PAS untuk menyokong usaha mereka memecah belahkan PAS. Antara yang rapat dengan Hasan Ali sekarang ini adalah Tantawi dan geng beliau.

Tunggu sahajalah selepas ini. Jangan terkejut kalau ada orang lain yang akan mengikut jejak Hasan Ali. Maklumlah, tawaran projek dan wang ringgit bukan mudah untuk ditolak.


Ikutilah temuramah dgn Mustafa Ali yang diambil dari blog Wan Nordin Wan Yaakob di 

SINI


Tulang Besi


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List