Hasan ka, Saari ka, Mahfuz ka, ada rakyat peduli?

on Dec 16, 2011



"Semenjak dua tiga menjak ni, makin kuat malaun-malaun media dok kucai PAS. Tambah syok pulak, ada pulak orang PAS yang dok layan puak-puak ni. Hasilnya, dalam dok kalut-kalut tu, orang bawah yang dok ikut ni, suka pulak bertelagah sama-sama.

Dulu dok lawan UMNO, sekarang syok dok kondem sama-sama PAS.  Bukannya semua orang PAS bertelagah, sikit saja, tapi kadang-kadang yang sikit tu yang melebih-lebih.

Sapa betoi ka, sapa salah ka, ada rakyat peduli? Ajaran Islam ditindas, duit minyak petrol mahal, tol macam-macam, sewa rumah mahal, rasuah sana sini, isu kezaliman anggota keselamatan kepada rakyat, kadar gaji rendah di sektor swasta, penindasan SAR, isu mahkamah yang berat sebelah, cukai gila babi punya banyak, penyelewengan dana-dana awam, dan banyak lagi isu-isu yang menindas rakyat, yang ni yang rakyat mahu pembelaan dari PAS. Rakyat biasa yang takdak jawatan apa-apa dalam PAS bukannya kisah sangat pun sapa yang jadik calon PAS. Rakyat cuma dah meluat kat UMNO.

Mungkin Hasan Ali betul, mungkin Saari Sungib betul, mungkin dua-dua tak betul, wallahualam..kita tak tau..yang kita yakin tak betul ialah media-media jahanam berlidah dajjal ni. Daripada kita dok kalut benda-benda yang kabur macam ni, baik kita habiskan masa kita dengan meneruskan agenda PAS untuk meyakini rakyat bahawa hanya Islam yang mampu membela keadilan semua lapisan masyarakat. Dari kita dok habiskan masa pasal Hasan Ali dan Saari Sungib dan isu-isu yang sewaktu dengannya, baik kita sibuk untuk lawan puak-puak UMNO.

Kalau rasa nak tolong PAS menang dalam PRU 13 nanti, baik kita letak tepi sekejap isu-isu ni, biarlah orang yang berkuasa untuk membuat keputusan dalam parti yang ambil tindakan. Lupakan lah sebentar sapa yang betul, sapa yang salah. Selagi mana Hasan Ali mewakili PAS, selagi itu kita sokong Hasan Ali, dan selagi mana team Saari Sungib mewakili PAS, selagi itu kita sokong team mereka, walaupun nampak macam dua-dua tak berapa ngam. Kita hormat semua pimpinan PAS. Tak payahlah kita besar-besarkan lagi soal gaduh adik-beradik ni. Kita bukan sokong individu, kita sokong jamaah. Kita yang kat bawah ni tak payahlah keruhkan lagi benda yang dah keruh.

Tapi kalau rasa nak tunjuk hebat, nak tunjuk sapa betul sapa salah, lebih sibuk membela Hasan Ali dan team Saari Sungib, dari sibuk membela rakyat, maka tunggulah respon rakyat terhadap PAS dan PR pada PRU 13 nanti. Hampa tak percaya, hampa tunggu tengok nanti!"


Oleh: hanzarbosnia
Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List