Bukti Mahathir Yang Berkuasa, Bukanya Najib

on Dec 4, 2012





Alhamdulillah, akhirnya Perhimpunan Agung  umno tamat juga setelah naik meluat melihat saluran TV yang tidak ada cerita lain sehingga terpaksa mencari chanel lain walaupun menayang cerita kartun. Seper ti biasa, kebangkitan rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat secara besar-besaran sekarang membuatkan UMNO tidak lena tidur.

 Serangan yang dibuat dalam perhimpunan tersebut membuktikan betapa takut, bimbang dan gerunya dengan situasi politik negara sekarang ini. Dengan rasa gelabah sehinggakan setiap ucapan samada dari peringkat tertinggi sehingga perwakilan, semuanya tetap menyerang pembangkang dengan fitnah yang sudah sebati dengan UMNO itu.


Pengakuan Najib bahawa beliau sentiasa dipantau oleh Mahathir membuktikan bahawa tanpa Mahathir beliau tidak mampu untuk mentadbir negara. Menyerlahkan lagi sifat beliau yang lemah dan tidak punya idea dalam membangunkan negara. Kita semua maklum, Mahathir terpaksa mencampuri urusan Najib dalam mentadbir negara terutamnya dalam menghadapi pembangkang kerana masing-masing mempunyai agenda yang sama iaitu jika pembangkang berjaya ke Putrajaya, nasib mereka bedua akan menjadi buruk terutamanya nasib anak beranak dan kroni mereka.

Kenyataan beberapa pemimpin UMNO bahawa UMNO tidak memperalatkan atau menggunakan agama untuk terus berkuasa dan mencari pengaruh adalah tepat. Ini adalah kerana jika UMNO menggunakan agama sudah tentu pemimpin dan ahli UMNO tidak boleh mempunyai perempuan simpanan, tidak boleh makan rasuah, tidak boleh menipu, merampas tanah rakyat, meroboh masji d dan surau, tidak boleh minum arak, berjudi dan berbagai lagi.

Yang agak melucukan ialah apabila golongan zalim dan bapa segala fitnah membaca doa dan di ‘amin” kan oleh penyokong kezaliman, penipuan dan pemfitnah. Doa meminta agar UMNO dilindungi dari fitnah. Pelik, jaguh fitnah minta Allah lindungi mereka dari difitnah. Kenyataan lain yang mengatakan UMNO adalah pilihan Tuhan kerana berjaya memerintah negara lebih 50 tahun juga adalah tepat.

Jika kita belajar agama kita akan faham bahawa sememangnya Allah juga akan memanjangkan kuasa pemerintahan golongan yang zalim , ahli maksiat, jaguh fitnah, penipu, perosak agama dan penindas kerana golongan ini diistilah kan termasuk dalam golongan yang “istidroj”, iaitu golongan yang Allah sesatkan setelah berbagai peringatan dari ayat-ayat Allah dan ajaran nabi diberikan tetapi mereka masih berdegil dan pekakan telinga, maka Allah biarkan mereka terus dalam kesesatan, kezaliman dan kekufuran.

Najib mengajak semua ahli UMNO bersatu padu, mengapa? Kerana sejak dulu dan sehingga bila-bila pun UMNO perpaduan tidak akan pernah wujud dalam UMNO. Matlamat mereka hanyalah berebut projek, berebut jawatan dan pangkat dalam parti dan dalam kerajaan. Untuk mendapatkanya mereka sanggup buat apa sahaja walaupun terpaksa mengahancurkan sesama mereka. Itulah UMNO. Perpaduan yang hanya kepura-puraan.

Kenyataan Najib bahawa satu undi rakyat berikan kepada PAS bermakna kehancuran Islam. Bagaimana pula dengan satu undi kepada UMNO, bukankah itu akan membawa rakyat kepada kesyirikan dan kesesatan? Bagaimana seorang yang kini didedahkan dengan berbagai kes rasuah, kes bunuh cuba bercakap tentang Islam? Sungguh memalukan. Bagaimana sebuah parti yang sejak dulu hingga kini dipimpin oleh golongan yang tidak berakhlak, menghina syariat, perjuangan yang secara jelas menolak Islam sebagai panduan dan pegangan hidup ingin berdoa kepada Allah? Kamu hina syariatnya tetapi kamu nak minta pula darinya sesuatu.

Tidak pelik jugalah apabila Najib melantik sepupunya Menteri yang jaga polis, rupanya ada muslihat sesama mereka. Iaitu untuk menutup segala pekung Najib dari tersebar kepada umum, tetapi bangkai gajah nak tutup macamana?

Ingatlah wahai rakyat semua, janganlah kamu terpedaya dengan lakunan puak UMNO yang sebak, menangis ketika berucap dalam perhimpunan mereka baru-baru ini. Mereka sebenarnya menangis kerana bimbang jika kalah dalam PRU13 nanti, semua tembelang dan penyelewengan mereka akan terbongkar. Mereka menangis sebab jika kalah, mereka tak dapat nak sapu projek dan nak rompak wang rakyat lagi.

Jangan percayalah dengan lakunan golongan seperti ini. Depan rakya mereka pura-pura sebak dan menangis tetapi apabila di belakang rakyat mereka bersorak gembira kerana berjaya menipu dan memperdayakan rakyat. Yang datang sebagai perwakilan itu sebahagian besarlah adalah golongan yang sudah kaya, banyak kumpul harta, puak kroni yang selalu dapat projek, manakala yang duduk depan TV di rumah adalah dari kalangan puak mereka yang tolol, merempat dan sudah di bangangkan oleh pemimpin mereka .

Sebenarnya orang Melayu yang menyokong UMNO sudah tidak mempunyai nilai lagi kecuali hanya untuk RM300 dan RM500 sahaja. Mereka sanggup hidup merempat demi UMNO, kerana sememangnya UMNO suka tengok orang Melayu hidup merempat di tanah air sendiri kerana dengan cara itu mudah untuk UMNO memancing dan mempergunakan mereka untuk mendapatkan undi. Inilah nasib bangsaku, yang rela dan sanggup untuk terus dihina oleh UMNO kerana mereka sudah tidak punya maruah dan moral lagi. Wallahulam.


Oleh: Tok Janggut

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List