Rais anak Yatim berharap rakyat lupakanlah hasrat hendak menukar kerajaan Umno/Bn pada pilihanraya ke 13 nanti!
Rais kata, "Siapa yang menyatakan mereka hendak buat transformasi, (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak sudah buat, sedang dan terus buat transformasi untuk kebaikan kita semua..."
Ek eleh...tranformasi taik kucingg!!
Rais berleber lagi, "Terlampau banyak aset negara, khazanah sosial dan kemasyarakatan yang sudah kita miliki. Jangan tukar sebegitu sahaja."
Rais berleber lagi, "Terlampau banyak aset negara, khazanah sosial dan kemasyarakatan yang sudah kita miliki. Jangan tukar sebegitu sahaja."
Memanglah, banyak mana dah yang engkau orang miliki, tanah, balak, kontrak, komisyen, projek untuk kroni dan anak beranak, harta bertimbun, keistimewaan (petrol kerajaan bayar, tol tak payah bayar, dreba, pembantu rumah , bil air, bil eletrik dan macam-macam semua tu dari duit cukai rakyat!!).
Pandai engkau Rais ek...dulu beriya-iya engkau bakar jambatan, sekarang ni bila rakyat nak contohi bakar jambatan, engkau kata lupakan, marilah buat tranformasi bersama PM.
Piiii lah Rais!
Rais: Lupakan hasrat tukar kerajaan
3 Disember 2012
KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta rakyat negara ini supaya melupakan hasrat untuk menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.
Sebaliknya, beliau menyeru mereka yang ingin melakukan transformasi, agar melaksanakannya bersama-sama dengan kerajaan yang telah dan sedang berbuat demikian.
"Siapa yang menyatakan mereka hendak buat transformasi, (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak sudah buat, sedang dan terus buat transformasi untuk kebaikan kita semua.
"Terlampau banyak aset negara, khazanah sosial dan kemasyarakatan yang sudah kita miliki. Jangan tukar sebegitu sahaja," katanya kepada pemberita selepas pelancaran sambutan ulang tahun ke-55 Arkib Negara Malaysia di sini hari ini.
Rais berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang dilihat sependapat mengenai bahayanya jika rakyat melakukan eksperimen menukar kerajaan tanpa pertimbangan adil dan teliti.
Tunku Abdul Aziz dalam kenyataannya hari ini berkata tindakan segelintir rakyat bereksperimen menukar kerajaan itu dilakukan hanya kerana termakan janji manis dan fitnah pembangkang yang hanya akan mengakibatkan kerugian dalam jangkamasa panjang. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/politik/rais-lupakan-hasrat-tukar-kerajaan-1.109366
0 comments:
Post a Comment