"Assalamualaikum,,. .
Gelombang PAU nampaknya tidak terhenti dengan tamatnya PAU. Masih kuat suara Najib dan kuncu baruanya di kaca TV,radio dan akhbar pengampu nasional menyampaikan mesej lapuk, kekalkan BN/UMNO sebagai pemerintah.
Setelah beribu atau mungkin berjuta kerosakan yang dilakukan UMNO di bumi Malaysia ini, UMNO tetap lantang menyatakan cuma mereka layak memerintah malah hanya mereka yang mampu menjaga ISLAM. Satu undi kepada PAS akan membawa kemusnahan kepada ISLAM kata Najib sedangkan dia sendiri boleh dipersoalkan keislamannya(maaf kasar sikit tetapi rasanya wajar kerana kebodohan Najib tidak yakin dengan peringatan bahawa ALLAH maha mengetahui yang tersurat dan tersirat).
Rais Yatim pula mengingatkan rakyat supaya melupakan hasrat menukar kerajaan sedangkan dia sendiri masih tercemar dengan kes rogol amahnya. Jamil Khir pula menegaskan UMNO tak pernah tolak hudud sedangkan bossnya sendiri pernah berkata hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia. Bodoh kerana melupakan apa yang pernah dia belajar bahawa tidak mungkin ALLAH boleh ditipu sekalipun dia mungkin boleh menipu orang orang yang bodoh(yang mengundi UMNO selama ini).
UMNO beserta orang orang(melayu) yang bersamanya tidak pernah mahu belajar dari pengalaman mereka. Pengalaman mematikan karier politik DSAI sejak 1998 yang langsung tidak menjejaskan DSAI sepatutnya menginsafkan mereka bahawa kuasa yang mereka pegang itu ada hadnya dan sepatutnya insaf bahawa kalau ALLAH ingin memuliakan seseorang tidak ada siapa yang mampu menghalangnya begitu juga kalau ALLAH mahu menghina seseorang tidak ada siapa yang mampu menghalangnya. Sungguhpun ada orang orang UMNO yang turut berwirid dan membaca wirid ini selepas solat subuh tetapi tetap tidak mendapat tarbiyah daripadanya.
Apa yang dapat dilihat sekarang, UMNO semakin lancang menyerang DSAI dan keluarganya dan tidak sedikitpun ada rasa hormat atas apa yang sudah dilalui DSAI sejak 1998. Lebih dasyat apabila secara membabi buta mengaitkan DSAI dengan yahudi walhal yang menyokong yahudi itu adalah mereka seperti dibuktikan dengan penglibat APCO dan transaksi minyak sawit dengan Israel.
UMNO terus dengan agenda menyerang PR dari segenap sudut. Mereka mendakwa PAS menjual ugama kerana berpakat dengan DAP yang pada mereka musuh Islam sedangkan yang menunjukkan sifat musuh Islam ialah MCA, malah sejak 50 tahun dulu, MCAlah yang banyak merosakkan Islam dan UMNO cuma mengiyakan saja. Inikah sikap orang orang yang mendakwa membela ugama?
UMNO memang tak mahu belajar dan tidak mahu mengakui kesilapan masa lampau mereka malah sehingga hari ini tetap mempertahankan bahawa segala yang pernah mereka lakukan itu adalah betul dan mahu rakyat terus memilih mereka. UMNO tidak pernah mahu mengakui penyelewengan pentadbiran yang mereka lakukan walaupun Najib meminta maaf di PAU.
Untuk UMNO dan orang orang(melayu) yang bersama mereka sebelum terlambat,kembalilah ke jalan yang betul dan tinggalkan segala yang dilarang ALLAH segera!Terutama kepada pemimpin pemimpinnya yang sudah semakin hampir dengan lubang kubur itu, ingatlah segala janji ALLAH itu benar. "
Oleh: senik
0 comments:
Post a Comment