Umno, MCA berebut kerusi Bandar Tun Razak

on Dec 4, 2012




Peluang BN untuk merampas semula kerusi parlimen Bandar Tun Razak  dalam pilihan raya umum ke 13 samar, kata seorang pemimpin Umno bahagian itu.
Dua parti utama BN – Umno dan MCA – katanya, masing-masing mahu meletakkan calon di kawasan tersebut.
Calon Umno yang dikatakan mahu bertanding ialah naib ketua bahagian, Datuk Syed Abdul Rahman Alhasbhsee manakala calon MCA ialah naib presiden MCA, Datuk Seri Ng Yen Yen; YK Chew; Tsen Bok dan senator Chu Lai Kang.
“Kami buntu. MCA mahu bertanding, Umno pun mahu meletakkan calon. Penyokong berpecah, undi pun berpecah,” beritahu timbalan pengerusi biro penerangan Umno Bandar Tun Razak,Hamzah Wahab.
Parlimen Bandar Tun Razak dimenangi calon PKR Tan Sri Abdul Khalib Ibrahim setelah mengalahkan penyandang, Datuk Seri Tan Chai Ho  pada pilihan raya 2008 dengan majoriti.
Menteri Besar Selangor itu akan mempertahankan kerusi parlimen tersebut sebagaimana diumumkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Hamzah, Umno mahu meletakkan calon kerana Bandar Tun Razak merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu.

‘Melayu lawan Melayu’

”Meletakkan calon Melayu mempunyai peluang yang lebih besar untuk menang kerana pengundi tidak mahu lagi calon MCA.
“Mereka kata calon MCA rasis.
“Biar calon Melayu dari Umno lawan calin Melayu dari PKR, jumlah pengundi Melayu ialah 52 peratus manakala bukan Melayu 48 peratus” tambah Hamzah.
Hamzah menambah, jika BN berkeras mahu meletakkan calon MCA beliau bimbang akan ada kalangan pengundi Melayu yang melakukan sabotaj.
Katanya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga pegerusi BN Wilayah Persekutuan mesti bertindak segera menyelesaikan kemelut itu.
Beliau berkata, jika tidak semakin sukar untuk BN menang  di Bandar Tun Razak.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List