12 DUN dalam genggaman Pakatan di Utara Kedah

on May 4, 2013



NONE

Tinggal tidak sampai 24 jam sebelum pilihan raya umum ke-13, Pakatan Rakyat dilihat selamat di 12 daripada 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.

Dengan jumlah itu, Pakatan hanya memerlukan 12 lagi kerusi daripada kawasan-kawasan Selatan, bukan sahaja untuk membentuk kerajaan tetapi juga mendapat majoriti dua pertiga DUN.

Walaupun sebelum ini kedua-dua parti bertanding - BN dan Pakatan - mendabik dada akan menang dengan majoriti dua pertiga, tetapi Pakatan kini dilihat mempunyai kelebihan ekoran pertambahan besar undi Cina dan masyarakat Siam, seperti digambarkan dalam perhimpunan 'Super Friday' di Alor Setar semalam.

Dua kelompok masyarakat itu dilihat sebagai penentu kemenangan dalam pilihan raya umum kali ini selain sokongan pengundi muda, kerana sokongan Melayu tidak banyak berubah dan dilihat akan mengekalkanstatus quo pada 2008.

Sepanjang dua minggu berkempen, pengundi kaum Tiong Hua di Kedah tidak menyatakan sokongan terbuka, tetapi situasi itu berubah dengan perhimpunan besar yang dihadiri pemimpin kanan pembangkang termasuk Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Dengan sokongan itu, Pakatan dijangka mampu mempertahankan sembilan DUN seperti berikut: Ayer Hitam, Kota Darul Aman, Alor Mengkudu, Bukit Lada, Bukit Pinang, Tokai, Kubang Rotan, Anak Bukit dan Pengkalan Kundor.

Di sembilan kawasan ini, peratus komposisi kaum Cina dan Siam cukup signifikan antara enam peratus hingga setinggi 59 peratus.

Mukhriz, Ahmad Bashah tewas?
Manakala, tiga lagi kerusi dijangka dirampas dari tangan BN, iaitu Kota Siputeh, Bakar Bata dan Derga. Ketiga-tiga kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti sangat tipis sebelum ini masing-masing dengan majoriti 495, 358 dan 163 undi.

NONEDi Ayer Hitam yang ditandingi Datuk Mukhriz Mahathir (berbaju Melayu biru), susulan berubahnya sokongan masyarakat Siam dan Cina dari BN kepada Pakatan serta sentimen antilegasi Tun Dr Mahathir Mohamad - bapa Mukhriz - PAS dijangka tiada masalah mengekalkan penguasaannya walaupun berbekalkan hanya majoriti 506 undi yang diperoleh dalam pilihan raya umum 2008.

Malah sentimen itu dijangka melimpah ke kawasan sebelahnya iaitu Kota Siputeh.

Di Bakar Bata, gandingan calon mudanya Mohd Eekmal Ahmad, bekas pegawai akhbar ketua pembangkang dilihat bergandingan baik dengan calon Parlimen, juga dariapda PKR Gooi Hsiao Leung dan mampu menumbangkan 'calon heavyweight' BN Ahmad Bashah Nd Hanipah.

NONESementara itu, BN pula mampu mengekalkan enam kerusi di Utara Kedah, iaitu Air Hangat, Kuah, Jitra, Bukit Kayu Hitam, Kuala Nerang dan Pedu. Tiada kerusi DUN dijangka dapat dirampas oleh BN.

Di Kuala Nerang dan Pedu, BN dijangka mengekalkan sokongannya ekoran kegagalan PAS mengembangkan sokongannya kepada masyarakat bukan Melayu - trend yang berlawanan dengan tempat-tempat lain di Utara Kedah.

Sejumlah kira-kira 2,500 pengundi Siam di Padang Terap. Usaha PAS membentuk Dewan Perhimpunan Penyokong PAS dari kalangan masyarakat Siam dilihat tidak mencukupi. Wujudnya kebimbangan mengenai "ketulenan sokongan" masyarakat Siam.

Sudah menjadi rahsia umum mengenai kebimbangan akar umbi PAS - sejak pertengahan kempen pilihan raya - mengenai situasi dua DUN bawah Padang Terap yang disandang oleh calon PAS Mohd Nasir Zakaria yang bakal menghadapi pertarungan sengit ditentang bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid yang masih berpengaruh.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List