PRU 13 :- Manchester United Lawan Manchester City Tapi Pengadilnya Alex Ferguson...!

on May 4, 2013







Isu pengundi yang diragui seramai kira-kira 40,500 orang dari Sabah dan Sarawak yang didatangkan ke Semenjung dengan penerbangan sewa khas sebagaimana yang dibangkitkan Anwar Ibrahim semalam terus menjadi perdebatan umum bila SPR memberitahu bahawa bukan suatu kesalahan mengangkut dan menyediakan penerbangan khas seperti itu.

Apa yang menjadi kesalahan, kata Pengerusi SPR, Aziz Yusof ialah bilamana ada paksaan terhadap mereka untuk mengundi calon-calon tertentu.

Semalam Anwar membangkitkan tentang wujudnya usaha untuk membawa pengundi dari Sabah dan Sarawak  yang terdiri daripada warga asing daripada Filipina, Bangladesh, Myanmar, Nepal dan sebagainya melalui penerbangan sewa khas menjelang hati pengundian 5 Mei ini. Sambil mengemukakan pelbagai bukti yang diperolehinya mengenai perkara itu, Anwar segera menuntut jawapan daripada Pejabat PM, MAS dan juga SPR.

Sementara Pejabat PM dan MAS segera menafikan perkara itu, tiba-tiba Setiausaha Agung UMNO mengesahkan kewujudan penerbangan sewa khas itu sambil mengatakan ia dibiayai oleh rakan-rakan BN untuk membawa pengundi yang sah dan berdaftar dengan SPR menunaikan tanggungjawab mereka.

Isu bahawa siapa pengundi tersebut, apa asal keturunan mereka, sahihkah mereka pengundi yang berdaftar dan kemusykilan bagaimana seramai 40,500 pengundi di Semenanjung boleh tinggal di Sabah dan Sarawak, tidak pula cuba dijelaskan oleh sesiapa.

Pengerusi Bersih, S Ambiga juga hairan dengan angka itu kerana kebiasaannya pengundi dari  Sabah  dan Sarawak yang ramai tinggal dan bekerja di Semenanjung dan bukan sebaliknya.

Hakikatnya, sesiapa pun akan kehairanan dari mana datangnya pengundi seramai 40,500 orang itu dan tidak mungkin ada seramai itu orang Semenanjung yang bekerja dan tinggal di kedua-dua negeri tersebut.

Oleh kerana sehingga ini tiada jawapan siapa identiti 40,500 pengundi itu, kebarangkaliannya ialah mereka merupakan pengundi hantu yang diprojekkan atau diberikan kad pengenalan segera serta didaftarkan sebagai pengundi untuk membantu kemenangan BN di beberapa tempat, terutamanya di Selangor.

Hari ini jawapan SPR melalui Pengerusinya Aziz Yusof yang senada dengan jawapan Tengku Adnan, walaupun agak mengejutkan tetapi mengesahkann bahawa SPR sudah menjadi pengadil yang berat sebelah dalam pilihanraya akan datang ini.

Sekadar memberi jawapan menyediakan pengangkutan dan sewa khas kapal terbang bukan suatu kesalahan tetapi dilihat mengenepikan aspek utama iaitu kesahihan pengundi tersebut, SPR terang-terang dilihat tidak berlaku adil dalam perkara ini. Jika dalam soal lain yang melibatkan Pakatan Rakyat misalnya, begitu cepat SPR menuding jari dan mengugut mahu mengambil tindakan tetapi apabila berkaitan BN, beliau jelas dilihat memihak.

Sebagai badan bebas yang mengendalikan pilihanraya, SPR harus berlaku adil dan dalam kes kebanjiran 40,500 pengundi tersebut, wajar diteliti siapa mereka, asal keturunannya dan apakah mereka rakyat asli negara ini atau tidak. Membenarkan mereka yang diragui seperti rakyat asing yang diberikan kad pengenalan semata-mata untuk kepentingan politik dan kemenangan dalam pilihanraya, jelas merupakan suatu pengkhianatan kepada negara.

Jika UMNO dan BN yang disyaki melakukannya dan ada bukti yang bukti, SPR wajar bertindak menghentikan amalan itu kerana dalam jangka panjang ia menidakkan hak rakyat sendiri. Tidak bolehlah dalam perkara ini, SPR pula yang memihak kepada UMNO dan BN kerana ianya akan menyebabkan SPR dituduh pengkhianat sama.

Tindakan SPR yang cenderung memihak kepada BN ini seperti mengiyakan banyak dakwaan sebelum ini bahawa SPR lebih merupakan sebuah komponen BN berbanding peranan hakikinya sebagai sebuah badan  bebas, adil  serta berkecuali.

Jika begiitu keadaannya juga sehingga hari pengundian nanti,  persaingan BN dan PR dalam pilihanraya ini tidak mungkin berlangsung dengan adil. Ia umpama perlawanan bolasepak antara Manchester United dengan Manchester City tetapi berpengadilkan Alex Ferguson.

Dalam keadaan sedemikian, mustahil untuk mengharapkan Alex Ferguson menjadi pengadil yang benar-benar  adil. Dia mungkin memberikan beberapa tendangan percuma dekat dengan gol atau sepakan penalti untuk memberi kelebihan kepada Manchester United.

Begitulah keadaannya SPR menjelang pilihanraya ini. Ciri-ciri memihak dan berlaku tidak adil amat jelas di mata rakyat. Dalam isu dakwat kekal yang didapati tidak kekal, jawapan SPR bahawa ia berpunca daripada botol dakwat yang tidak digoncang terlebih dahulu amatlah melucukan dan seolah-olah SPR melihat rakyat Malaysia ini seperti murid sekolah rendah saja tarafnya.

Sekali lagi  SPR cuba bermain wayang kulit dan ini menimbulkan keraguan berkemungkinan berlakunya pengundi berulang membuang undi sepertimana dakwaan banyak pihak sebelum ini.

Banyak lagi jawapan-jawapan SPR sebelum ini yang menimbulkan keraguan dan kesangsian umum sebenarnya. Di sebalik kebimbangan ramai terhadapnya, harapan rakyat untuk SPR berlaku adil masih lagi tinggi kerana mereka telah diamanahkan untuk menjadi pengadil.

Kadang-kadang ketidakadilan SPR akan membangkitkan lagi semangat rakyat. Meskipun Alex Feguson menjadi pengadilnya, bukanlah pula mustahil Manchester City boleh menewaskan Manchester United, walaupun ada kesukarannya.


 


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List