Flash Mob : Kempen Saraf Terakhir.

on May 4, 2013





Baru-baru ini terbaca dalam FB, ada seruan dari alam siber minta semua yang berminat untuk turun ke jalan-jalan utama di kawasan masing-masing, membawa sepanduk menyatakan sokongan untuk Pakatan, dalam apa yang disebut sebagai Flash Mob – sebuah term yang agak baru dlm dimensi kempen politik masa kini.

Petang semalam, kami turun ke Jln-Jln utama sekitar daerah Kulim nak join Flash Mob ini, tapi tak adalah pula orang ber-flash mob di sebelah Kulim ini. Bila talipon seorang sahabat dari Markas, dia cakap depa terlalu sibuk dengan urusan kempen dan meraih undi, tak ada masa nak pikiaq bab-bab flash mob ini. Tak apalah, dari Kedah kami terus ke Penang.


Sebaik saja sampai ke roundbout Seberang Jaya, P Pinang; dari jauh kami nampak ada lebih kurang 10 orang peserta sedang berflash mob di 3 penjuru di sekeliling roundbout berkenaan -tak ramai mana, tapi bila menjelang jam 6, jumlahnya makin bertambah.


Tanpa melengahkan masa, terus kami 3 orang ini join depa.


Memang meriah Flash Mob ini – meriah dengan bunyi hon kereta/lori/bas/kontena/motor yang bermacam. Baru saya tau rupanya, ada kereta yang bunyi hon macam siren kereta polis dan lain-lain lagi.

Ramai yang bagi tanda “thumbs up” (jari ibu tunjuk ke atas), ada ramai juga yang bertakbir. Kebanyakannya pula melaungkan kata-kata “INI KALILAH!!” dan juga "UBAH!! UBAH!!".


Bunyi hon kenderaan jangan duk habaglah – memang meriah rupanya Flash Mob ini, berbeza sungguh dengan suasana “DEMO” lain yang pernah saya sertai selama ini. Ringkasnya, memang hebat sambutan yang kami terima, tak kira dari apa bangsa, Melayu Cina dan India, lelaki dan juga wanita.

Pun begitu, di celah-celah itu, ada seorang Pakcik ini, umur dalam pertengahan 50an macam orang pencen, ada isteri sebelahnya, bertudung – dia bukan bagi thumbs up kat kami, tapi dia pi tunjuk isyarat lucah, jari HANTU 1MALAYSIA dia itu ditunjuk-tunjukkan ke atas berulang-ulang kali.

Apa ra – buat malu Melayu saja!!

Kaum lain tak adalah pulak pi buat macam itu kat kami.

Cakap pasal kaum ini, ada sesuatu yang membuatkan saya agak terkejut hasil dari Flash Mob ini. Saya agak teruja dan tak sangka sokongan orang-orang India begitu hebat sekali. Kalau orang Melayu dan Cina bagi hon, bagi thumbs up, menjerit Ini Kalilah dan sebagainya, itu biasalah – tapi orang2 India pun sama.

Saya lihat sendiri, pemandu-pemandu lori berbangsa India, driver2 Van kilang berbangsa India, drebar bas berbangsa India, pemandu kereta berbangsa India, lelaki wanita dan juga yang bawa keluarga – depa ini pun sama, cukup seronok, bagi hon, melambai, menjerit UBAH, UBAH, INI KALILAH dan lain-lain lagi, menyatakan sokongan tak berbelah bagi kepada kami.

Saya hairan – sebab dalam dimensi politik negara masa kini kita dipahamkan bahawa secara amnya kaum India kurang memihak kepada Pakatan. Mungkin persetujuan HINDRAF untuk bersama BN membuatkan kita berpesepsi yang demikian.

Namun, senario dan suasana Flash Mob di roundbout Seberang Jaya semalam menceritakan yang sebaliknya. Mungkin sambutan di luar dugaan TG Nik Aziz di Putrajaya yang terpancar di merata You Tube itu, dan juga sambutan hebat > 70,000 orang dlm perhimpunan Pakatan di Sek Han Jiang, P Pinang serta sambutan dalam jumlah yg hampir sama ceramah Pakatan di Johor baru-baru ini telah memberi kesan psikologi kepada pengundi kaum India untuk turut bersama-sama dengan kita, semua rakyat tak kira BANGSA untuk sama MENGUBAH landscape politik negara di PUTRAJAYA!!

Insyaallah – jika apa yang saya lihat di Flash Mob ini adalah benar (sokongan kaum India), maka kita hanya menghitung hari saja untuk menawan PUTRAJAYA!

Mungkin ada bagusnya juga Flash Mob ini – kesan psikologi minit terakhir untuk mereka mereka yang berada di atas pagar!!



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List