Benarkah Masalah Sebenarnya Ibrahim Bukan Perkasa...???
Copy & Posted By mahi on Sep 16, 2010
PERJUANGAN Ngo Melayu Perkasa di bawah pimpinan Datuk Ibrahim Ali telah ditolak oleh BN dalam mesyuarat yang dipengerusikan Setiausaha Agungnya, Tengku Adnan Tengku Mansor - yang sepatutnya dihadiri dan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri selaku pengerusi BN.
Mesyuarat itu mengambil keputusan sebulat suara bersetuju menjauhkan diri dari Ibrahim dan pertubuhannya dengan alasan ia dikhuatiri boleh menjejas keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum selain menjejas konsep 1Malaysia.
Perkasa dituduh oleh pemimpin parti-parti komponen BN termasuk Umno sendiri membawa idea rasis yang boleh melunturkan sokongan kaum bukan Melayu dalam pilihanraya ke 13 akan datang jika dbenarkan terus aktif atau dikaitkan terus dengan Umno. Perkasa sudah dilihat sebagai Ngo yang perlu dijauhi oleh orang Melayu dan Umno yang sudah menyifatkan Ibrahim bertindak keterlaluan dalam memperjuang dan membela hak kepentingan orang Melayu sehingga menjejas sensitiviti kaum bukan Melayu.
Keputusan mesyuarat BN yang menolak Perkasa mendapat reaksi berbagai dari pemimpin Umno dan tidak kurang yang menolak idea itu sebagai keputusan yang boleh menjejas sokongan sebilangan undi orang Melayu dalam pilihan raya akan datang. Mereka berpendapat, kewujudan Perkasa amat perlu kerana suara Umno sedikit terhakis sejak tsunami PRU 12 lalu dan melihat Perkasa sebagai pertubuhan yang lantang membela hak orang Melayu berbanding Umno. Perkasa yang diketuai Ibrahim lantang memperjuang hak dan kedaulatan Melayu yang tidak berani secara lantang diperjuang pemimpin Umno.
Kewujudan Ibrahim dalam Perkasa membuat Ngo Melayu itu begitu popular dan mendapat perhatian luarbiasa dengan tuntutan, desakan dan keberanian suara beliau yang membela semua hak orang Melayu dalam semua bidang yang seringkali dilihat melukakan hati pemimpin bukan Melayu dalam BN. Ibrahim tidak peduli krtikan orang dan terus bersuara dan ‘menghentam' pemimpin bukan Melayu dalam BN dan Pakatan sehingga beliau sudah dilihat sebagai musuh mereka dan perlu dijauhi.
Setengah pemimpin Melayu dalam Umno dan Pakatan juga melihat tindaktanduk Ibrahim semakin hari semakin keterlaluan dan overaction yang sukar diterima. Kadangkala mereka melihat tindakan Ibrahim terlalu berlebihan seolah-olah membawa agenda sendiri yang cuba mempromosi diri sendiri dan bukan Perkasa.
Perlu dilihat, Ibrahim kini menjadi AP bebas tanpa parti. Peluang beliau bertanding mewakilli PAS dan Umno dalam PRU ke-13 semakin malap dan pudar. PAS sudah menutup pintu untuk bekerjasama dengan beliau setelah apa yang sudah dilakukan kepada parti itu. Umno juga belum membuka pintu selepas apa yang dilakukan beliau dalam Perkasa. Dan peluang terakhir mungkin beliau menubuhkan parti baru bagi mewakilli dirinya dan tokoh-tokoh lain dalam Perkasa bagi memperjuanag hak orang Melayu seperti yang dikehendakkinya.
Adakah Ibrahim sudah bertindak keterlaluan dan banyak melukakan hati pemimpin bukan Melayu dalam BN dan pemimpin Umno sendiri termasuk perdana menteri yang menyebabkan Perkasa ditolak? Ada pendapat mendedahkan Perkasa sebenarnya tidak bermasalah, tetapi ketuanya, Ibrahim yang menyebabkan Perkasa bermasalah dan perlu dijauhi?
Setengah pendapat lain mendedahkan jika Ibrahim tiada dan Perkasa diketuai oleh tokoh lain, Ngo Melayu itu mungkin boleh diterima Umno jika mereka bertindak lebih rasinoal dan praktikal dalam memperjuang agenda Melayu.
TML
Labels:
Orang Politik
0 comments:
Post a Comment