Pembunuhan Dato Sosilawati :- Unit Forensik Temui ..........

on Sep 16, 2010

Unit Forensik Temui Beberapa Lagi Objek Dari Sungai Panchau.


PERIKSA... Anggota Forensik Polis DiRaja Malaysia sedang melakukan pemeriksaan di Sungai Panchau tempat dipercayai suspek membuang abu mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain di Tanjung Sepat Banting, Rabu. Allahyarhamah Sosilawati, 47, bersama peguamnya Ahmad Kamil Abd Karim, pemandu peribadi, Kamarudin Shamsuddin dan pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohamad dipercayai dipukul sampai mati, sebelum mayat mereka dibakar dan abu mereka dibuang ke dalam sungai. Mereka dipercayai diculik pada 30 Ogos lalu.



BANTING: Unit Forensik Polis pada Rabu menemui beberapa lagi objek yang dipercayai bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi lelaki lain di Sungai Panchau di sini.
Polis yang memulakan operasi pada pukul 3.30 petang Rabu dilihat membawa beberapa objek termasuk satu bungkusan yang kelihatan seperti tulang di dalamnya.
Usaha pihak media untuk menghampiri kawasan itu bagi melihat dengan lebih jelas operasi itu gagal berikutan kawalan ketat dan media hanya dibenar berada kira-kira 100 meter dari kawasan itu. Operasi itu berakhir pada pukul 5.30 petang.
Selain itu, polis juga memasang kain kanvas di tempat mereka beroperasi dan tindakan itu menyukarkan pihak media untuk melihat dengan jelas apa yang mereka lakukan dan objek yang dibawa naik dari sungai itu.
Turut kelihatan berada di lokasi operasi ialah Pengarah Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia Datuk Abdul Malek Harun.
Ahad lepas, unit forensik menemui beberapa cebisan tulang dari dalam sungai yang sama.
Sosilawati, 47, bersama tiga individu iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Polis mengesahkan keempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting. - BERNAMA

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List