Hantar maklumat ke laman Facebook saya jika takut buat laporan: KP Selangor

on Sep 17, 2010

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan penyelewengan anggota polis di negeri itu tetapi tidak berani membuat laporan boleh menyalurkan maklumat berkenaan ke laman Facebooknya.

Khalid berkata, orang ramai mungkin takut diancam atau diugut jika laporan yang dibuat diketahui oleh anggota yang menyeleweng tetapi ini tidak akan berlaku jika ianya disalurkan terus kepada beliau.

"Orang ramai tidak perlu takut melaporkan sebarang penyelewengan anggota polis kepada pihak berkuasa...kalau tak berani, terus berhubung dengan saya.

"Bagaimana sesuatu penyelewengan itu hendak disiasat jika tiada sebarang laporan dibuat dan jika benar ada penyelewengan berlaku kenapa takut untuk membuat laporan?," katanya.

Khalid diminta mengulas dakwaan terdapat anggota polis telah "dibeli" (dirasuah) oleh suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain bagi menutup kegiatan jahatnya.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List