Wan Azizah disokong semua lima cabang di Kedah, timbalan ‘bercampur’

on Sep 17, 2010



Kesemua lima cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kedah, yang mengadakan mesyuarat agung tahunan masing-masing hari ini, memberikan sokongan pencalonan kepada Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar mempertahankan jawatan beliau.
Bagi jawatan timbalan presiden pula, pencalonan “bercampur-campur”, kata Pengerusi PKR Kedah Ahmad Kassim ketika dihubungi sebentar tadi.
Naib Presiden Azmin Ali mendapat pencalonan daripada Kubang Pasu dan Langkawi manakala seorang lagi Naib Presiden Mustafa Kamil Ayub dicalonkan oleh Kuala Kedah.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim dan Pengarah Strategi PKR Tian Chua masing-masing menerima satu pencalonan.
“Daripada lima cabang yang bermesyuarat hari ini, Azmin mendapat dua pencalonan, masing-masing Zaid, Mustafa dan Tian Chua satu,” kata beliau kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.
Esok, satu lagi cabang Kulim-Bandar Baharu dari negeri Kedah akan mengadakan mesyuarat tahunan.
Sebanyak 10 cabang masing-masing lima dari Kedah dan Kelantan mengadakan mesyuarat hari ini.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List