Pemilihan PKR: Mari teropong gerak langkah Anwar

on Sep 20, 2010


Tentu ramai berasa pelik bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beria-ria nak jadi Perdana Menteri menolak pencalonan bertanding jawatan Presiden PKR.
Ketua Pembangkang itu mengulangi pendirian tidak mahu dicalonkan bertanding sebarang jawatan pada pemilihan parti meskipun sehingga petang Ahad beliau sudah menerima tujuh pencalonan untuk jawatan presiden.
Seorang lagi yang dicalonkan untuk jawatan itu ialah isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menerajui parti itu sejak ditubuhkan.
Pada 14 September lalu, Anwar menegaskan beliau tidak akan menerima sebarang pencalonan tetapi Majlis Pemuafakatan Kepemimpinan Selangor dan PKR Kedah mahu beliau bertanding kerusi presiden.
Dalam kenyataan hari ini, Anwar berterima kasih kepada cabang-cabang yang telah mencalonkannya untuk menggantikan Dr Wan Azizah.
“Saya minta jangan ada lagi pencalonan kerana saya telah buat ketetapan dan tidak akan bersedia mengambil jawatan presiden parti Keadilan,” kata Anwar.
Jelas Anwar, Dr Wan Azizah telah berjasa mengukuhkan parti dan kerjasama dengan PAS dan DAP.
“Dan, kepimpinannya masih diperlukan,” katanya.
Menurut Anwar beliau selesa untuk kekal sebagai penasihat PKR dan memantau parti agar tidak tergelincir daripada perjuangannya.
Walaupun, pendiriannya itu akan menimbulkan rasa kecewa dan tidak puashati cabang-cabang PKR yang mencalonkanya, Anwar tentu ada percaturan politiknya sendiri apabila berbuat demikian.
Ianya juga mungkin ada kaitan dengan kes liwatnya yang masih dalam perbicaaan.
Ataupun Anwar masih berharap Wan Azizah sekali lagi berperanan meraih simpati bagi mengerakkan reformasi ke 2 sekiranya beliau disabitkan kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Jika tidak, mustahil Anwar melepaskan jawatan penting yang boleh memberi keyakinan kepada DAP dan PAS terus kekal dalam pakatan rakyat sehingga tarikh pilihan raya umum akan datang.
Apapun seandainya Anwar kekal dengan keputusan itu, anak emas beliau Azmin Ali yang bakal tersepit dalam perebutan jawatan nombor dua kepimpinan parti itu.
Walaupun Datuk Zaid Ibrahim dilihat bukan saingan besar Azmin, namun jika beliau menang, timbul persoalan adakah ahli parlimen Gombak itu boleh sehaluan dengan Wan Azizah.
Ambil kira kenyataan bebrapa bekas pemimpin PKR yang sudah meninggalkan parti, mereka ada banyak cerita yang disembunyi.
Dalam pada itu, tindakan Nurul Izzah menyokong Zaid dalam pertembungan dengan Azmin, dianggap oleh ahli parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin sebagai signal bahawa Wan Azizah tidak mahu Azmin menjadi pemimpin nombor dua PKR.
Bagaimanapun, Anwar berkata, tiada perbezaan pendapat antara beliau dan anaknya mengenai jawatan timbalan presiden yang Azmin dan Zaid.
Kata Anwar, Nurul Izzah tidak terlibat langsung dengan kedua-duanya dan tidak berkempen untuk sesiapa.
“Dakwaan itu hanyalah fitnah semata-mata,” katanya.
Apakah pengakuan Nurul Izzah menyokong Zaid tidak betul atau fitnah semata-mata?
Malah, Wan Azizah juga masih membisu mengenai kedudukannya sekarang kecuali Anwar yang menyokongnya terus kekal sebagai Presiden.
Sepatutnya, jika Anwar seorang pemimpin yang berpaksikan demokrasi seperti kerap dilaung-laungkannya, beliau tidak boleh menyatakan sokongan kepada Wan Aziizah dan beri kebebasan kepada perwakilan mencadang dan memilih siapa layak mengisi jawatan itu selain Wan Azizah selepas Anwar menolaknya.
Semua ini menjadi semakin menarik untuk diteropong apakah sudah ada keretakan dalam keluarga Anwar gara-gara pemilihan parti sekarang ini.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List