Saiful-Farah: Rayuan Anwar Ibrahim ditentukan hari ini.......???

on Sep 20, 2010


Jeng … jeng … jeng … Pada 9 pagi Isnin ini, Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu tuduhan kes liwatnya digugurkan. Ini merupakan percubaan kedua Anwar untuk membatalkan pertuduhan liwat ke atasnya.
Penentu nasib Anwar nanti ialah panel Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Ahmad Maarop.
Pada pagi 17 September lalu, pihak pendakwa yang diketuai Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden dalam hujahnya mengatakan Anwar tidak ada hak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 16 Ogos lalu. Menurutnya keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah itu bukan keputusan yang terakhir.
Berikutan itu, pasukan pembelaan yang diketuai Karpal Singh memohon kepada mahkamah memberi mereka masa untuk menyediakan persiapan hujah berikutan pihak pendakwaan tidak memberikan notis untuk membangkitkan isu itu.
Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Ahmad Maarop kemudian membenarkan permohonan Karpal dan menetapkan pendengaran bantahan awal pada 9 pagi, 20 September, tarikh yang sama kes liwat ini sepatutnya bersambung di Mahkamah Tinggi.
Anwar memfailkan rayuan itu berikutan dakwaan kononnya hubungan intim antara pengadu dan saksi utama, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif menjejaskan kes itu. Anwar mendakwa menerusi hubungan sulit itu Saiful mempunyai akses kepada maklumat kes.-

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List