Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berangkat mengunjungi Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra yang dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada 13 Sept lepas.
Baginda yang diiringi oleh lapan orang pemimpin kerajaan Johor tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di Kota Bharu dengan pesawat peribadi dari Bangkok, Thailand pada pukul 1.10 petang.
Ketibaan rombongan Diraja itu disambut oleh Tuanku Muhammad Faris Petra, Tengku Bendahara, Tengku Muhammad Faiz Petra, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob serta beberapa barisan pemimpin kerajaan negeri.
Sejurus berangkat tiba, Sultan Ibrahim dan Tuanku Muhammad Faris Petra bersama-sama dengan pemimpin yang lain, berdoa sebelum berangkat ke Istana Kota Lama di Kota Baharu untuk majlis santapan tengah hari.
Tuanku Muhammmad Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada Isnin lepas bagi menggantikan ayahanda baginda Tuanku Ismail Petra ibni Almaryum Sultan Yahya Petra.
--Bernama
0 comments:
Post a Comment