BARU ZAID TAHU SIAPA ANWAR DAN APA ITU PKR........???

on Nov 8, 2010

Akhirnya Zaid Undur dan Tarik Diri






HASRAT Zaid Ibrahim menempa nama dalam politik tanah air melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak kesampaian. Calon Timbalan Presiden PKR itu membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan. Selain itu, Zaid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan itu juga mengumumkan perletakan semua jawatannya dalam PKR.

Bahasa pasarnya, kira macam ‘lari malam’ le tu....

“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif, memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan di blognya.

Menurut Zaid, sepanjang pemilihan PKR, membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

 “Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.

"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil serta penyelewengan dalam pemilihan itu, meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” katanya.

Tinggal kenangan....
Keputusan yang diambil itu, menurutnya adalah kekecewaan sepenuhnya bahawa beliau tidak boleh meneruskan proses pemilihan yang cacat.

Sehubungan itu, Zaid yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, di zaman PM Pak Lah, sebelum meletakkan jawatan dan meninggalkan Umno berkata, beliau akan tetap komited terhadap perjuangan pembangkang.

Katanya, beliau akan terus bercakap berhubung isu yang membabitkan rakyat jelata dan terus berjuang bagi memastikan rakyat mendapat kerajaan yang lebih baik.

“Akhir sekali, saya berharap peminat Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai 'spoiler' yang akan menghalang perarakan mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka,” katanya sinis.

Siapapun tidak menyangka begitu kesudahannya nasib Zaid Ibrahim dalam PKR. Dia yang pernah diangkat sebagai ‘hero PKR’ ketika bertanding mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Ulu Selangor tak berapa lama dulu, akhirnya tersadai dicampak oleh Anwar dan Azmin bagaikan ‘kain buruk’.

Hakikatnya, apa yang diterima oleh Zaid Ibrahim itu adalah kerana dia terlalu yakin bahawa dirinya boleh melakukan sesuatu dalam membetulkan ‘politik songsang’ dalam PKR. Dia tidak sedar bahawa PKR itu adalah parti politik untuk ‘keluarga Anwar Ibrahim dan ..... nya, Azmin Ali.

Janji manis dan sanjungan Anwar semasa beliau memasuki PKR disangkanya benar-benar ikhlas dan boleh dipercayai. Zaid lupa bahawa sebelum dia masuk PKR telah ramai sahabat-sahabat karib Anwar yang bertahun-tahun berjuang untuknya, ‘cabut lari’ kerana tidak sehaluan dengan Azmin Ali.

Maka, apabila ketika ‘dakwat tanda tangan borang keahlian PKR pun masih belum kering’, Zaid berhasrat mencabar Azmin Ali di jawatan Timbalan Presiden, terimalah akibatnya. Padah penangan menentang Azmin Ali dalam kepimpinan PKR telah terlalu banyak berlaku.

Semua orang tahu. Cuma Zaid sahaja yang buat-buat tak tahu dan cuba melonjak naik dalam parti ‘hak milik’ mereka itu dengan hasrat meletakkan Azmin terkebawah darinya. Mana ada jalan.... Mana boleh Azmin Ali duduk di bawah orang lain, selain Anwar Ibrahim dan kaum keluarganya?

Bagi mereka yang ada pengalaman dengan Anwar Ibrahim dan kepimpinan utama PKR, apa yang berlaku ke atas Zaid adalah sesuatu yang telah mereka duga.

Tokoh-tokoh bekas sahabat karib Anwar Ibrahim seperti Ezam Mohd. Nor, Zaharin Hashim dan Zulkifli Nordin tentu tersenyum sinis apabila mendengar atau membaca berita menarik diri dari pertandingan Timbalan Presiden serta perletakan semua jawatan  dalam parti oleh Zaid Ibrahim itu.


Mahu ke mana Zaid Ibrahim sekarang? Mahu masuk Pas atau Umno tentu tak diterima. DAP juga tidak mungkin....

Kalau Zaid masih berminat dengan perjuangan politik, kenalah dia tubuh parti sendiri atau dia boleh bergabung dengan RPK seperti  mana tersiar dalam MT berkiatan "THIRD FORCE". Kalau lambat, cari le mana-mana parti yang telah berdaftar tetapi tidak aktif. Ambil-alih dan terajuilah mengikut selera sendiri. Wang atau bayaran sudah tentu tidak jadi masalah....

Orang macam Zaid tidak mungkin boleh kekal lama dalam mana-mana parti politik pun, selagi beliau berada pada kedudukan sebagai ‘penumpang’.

Jangan susah Datuk! Dunia masih belum kiamat....


3 comments:

Anonymous said...

Aku pun setuju lah Bro ... PKR la ni makin teruk akut dengar ... cam mana nak sokong kalau begini. Nampaknya dah lari dari tujuan asal ... DUKACIWA aku dibuatnya.

azman kamarul said...

Sekarang ini PR bukan saja berhadapan dengan kezaliman dan kejahatan umno tetapi PR terpaksa berdepan hujah gila babi sesetengah blogger yang kononnya bersama-sama berjuang menentang kebejatan umno yang kadang-kadang tulisan mereka lebih jahat dari blogger umno......dah jadi penghasut dan penggodam!

Blogger seperti ini samalah jahatnya dengan umno bangang tu!

Stone525i said...

salam bro ... ampun tertinggal kredit untuk bro ...

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List