Anwar, Salahuddin gempur Melaka esok

on Dec 15, 2010

MELAKA, 15 Dis: Dua orang pemimpin besar Pakatan Rakyat akan turun ke Melaka menggempur negeri 'maju' ini esok, 16 Disember.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramah perdana di Markaz PAS Paya Dalam, Ayer Molek bermula jam 9.00 malam.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula akan hadir pada program Hi-Tea di Kampung Bukit Pulau, Dun Bukit Baru pada hari yang sama bermula jam 4.00 hingga 6.00 petang.
Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab berkata kedua-dua program ini amat penting kepada rakyat Melaka bagi memberikan maklumat tentang isu terkini yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
Tambahnya, antara isu tersebut ialah Wikileaks, isu zakat dan tanah wakaf negeri Melaka dan sebagainya.
"Ceramah Perdana Anwar anjuran PKR Negeri Melaka dilihat tepat pada masanya ketika Anwar dihadapkan pelbagai isu yang tidak kunjung padam.
"Salahuddin pula akan bertemu dan beramah mesra dengan penduduk Bukit Pulau di samping menyampaikan ucapan ringkas berkenaan isu semasa," kata Cikgu Yusof Wahab yang juga merupakan Penyelia Dun Bukit Baru.
Beliau menyeru seluruh rakyat negeri Melaka untuk hadir pada kedua-dua program tersebut untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu yang melibatakan pemimpin Pakatan Rakyat yang digembar-gemburkan media pro Umno kebelakangan ini.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List