Satu lagi kejutan di Parlimen hari ini

on Dec 15, 2010


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz membuat satu lagi kejutan di parlimen hari ini bersabit kes Altantuya Sharibuu.Beliau berkata Peguam Negara tidak perlu menyiasat percanggahan dalam akaun bersumpah penyiasat persendirian P.Balasubramanian bersabit pembabitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya.
Nazri mendakwa keterangan Balasubramaniam itu mengenai hubung kait perdana menteri tidak memberi apa-apa kesan keatas perbicaraan Altantuya.
Balasubramaniam sebelum ini memberikan kenyataan bersumpah bahawa Najib mengenali Altantuya malah mengadakan hubungan sulit dengannya sebelum warga Mongolia itu mati dibom pada Oktober 2006.
Tidak lama selepas membuat pengakuan itu, Balasubramaniam membuat satu lagi perakuan, kali ini menafikan bahawa Najib mengenali Altantuya.
Pada hari sama, bala melarikan diri negara jiran tetapi muncul lapan bulan kemudian untuk menjelaskan bahawa beliau telah diugut dan disogok oleh kerabat keluarga Najib supaya mengubah kenyataannya dan melarikan diri.
Balasubramaniam menawar untuk disoal siasat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di luar negara kerana bimbangkan keselamatannya di Malaysia.
SPRM pada mulanya menerima tawaran itu tetapi kemudian, secara misteri enggan meneruskan hasrat itu.
Di Parlimen hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberi alasan yang mencurigakan untuk menjelaskan kenapa tidak ada keperluan membuka balik fail Altantuya.

"Dalam kes Balasubramaniam ini setelah kedua-dua akuan bersumpah yang dibuat olehnya diteliti, didapati bahawa akuan-akuan tersebut dibuat bukanlah dengan tujuan untuk dijadikan keterangan dalam mana-mana prosiding mahkamah, oleh yang demikian parlimen dalam seksyen 199 akta 574 tidak dipenuhi dan perbuatan balas subramaniam dalam membuat dua akuan berkanun yang bercanggah tidak menjadi satu kesalahan di bawah seksyen tersebut." katanya.
Bersandarkan alasan itu dan dakwaan balasubramaniam tidak dapat dikesan, Nazri berkata isu Altantuya atau tidak perlu diungkit lagi.

"Selanjutnya setelah penelitian dibuat dan mengambil kira kesemua keterangan yang dikumpulkan oleh pihak polis serta fakta bahawa bala subramaniam masih belum dapat dikesan sehingga kini dan dipercayai berada di luar negara, jabatan peguam negara telah membuat keputusan untuk menutup kes tersebut kerana percanggahan dalam kedua-dua akuan berkanun oleh Bala Subramaniam tidak memberi apa-apa kesan kepada perbicaraan Altantuya Sharibuu,"katanya lagi.
Pada Oktober 2008 penasihat Najib, Abdul Razak Baginda dibebaskan dari tuduhan bersubahat atas pembunuhan Altantuya namun dua pegawai polis dihukum mati atas kesalahan membunuh warga mogolia itu.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List