Apa lagi yang tak kena wei…tak habis-habis krisis keluar parti. Kalau sorang dua tu oklah lagi. Ini tak, dah berduyung-duyung keluar. Bukan ahli biasa yang keluar tapi yang berjawatan tinggi dalam parti.
Kalau sorang dua rasa mungkin ada masalah peribadi tapi kalau dah ramai, macam ada benda yang tak kena aje dalam PKR ni. Kalau krisis ini hanya PKR aje yang rosak, tak lah terasa sangat, tapi ini tidak, rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat (PR) juga terkena tempiasnya.
Dikhabarkan, ramai melihat PRU-13 ini akan jadi laluan sukar bagi Pakatan Rakyat. Betol ke tidak, tak tahu lah. Jangan hampakan pengundi kamu kat bawah ni. Mereka menyokong kamu bukan kerana dibayar tapi kerana mahu merubah kebiadapan kerajaan Barisan Nasional dengan kerajaan yang hormat dengan rakyat.
Woi…kalau ada masalah tu, cepat-cepat selesaikan, jangan bagi rakyat menyampah dengan PR pulak dah. Jangan asyik dibuai mimpi kemenangan PRU-12 yang lepas aje.
Sinar Harian - Bekas naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan dijangka keluar dari PKR esok, menurut beberapa sumber semalam.
Satu sidang media khas telah diatur pada hari berkenaan bagi Dr Jeffrey membuat pengumuman 'amat penting', kata mereka.
Mereka berkata, Dr Jeffrey, yang juga bekas wakil rakyat Bingkor dan adik kepada presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, mungkin juga mengumumkan penubuhan sebuah pergerakan bagi meneruskan karier politiknya dengan menjangka pilihan raya umum mengejut tahun depan.
"Dr Jeffrey tidak undur dari politik...sebaliknya dia sedang meningkatkan perjuangan politiknya," kata sumber itu kepada Bernama.
Bagaimanapun, sumber itu enggan menyatakan sama ada pergerakan itu mempunyai kaitan dengan penubuhan blok politik ketiga dalam negara yang dikatakan diketuai oleh bekas tokoh PKR, Datuk Zaid Ibrahim.
Pemerhati politik melihat pengunduran Dr Jefrrey sebagai tamparan hebat kepada cubaan PKR untuk memperkukuhkan kedudukan di Sabah, yang dianggap sebagai 'simpanan tetap' untuk Barisan Nasional
Jeffrey Kitingan bakal keluar PKR esok, ada benda tak kena ke dengan PKR?
Copy & Posted By mahi on Dec 15, 2010
0 comments:
Post a Comment