ZAID IBRAHIM KETUA PARTI KITA.

on Dec 15, 2010

Sah, Datuk Zaid Ibrahim Akhirnya Telah Dilantik Sebulat Suara Sebagai Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) Nama Terbaru Parti AKIM





PETALING JAYA, 15 Dis - Bekas PengerusiParti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim (foto) sebulat suara dilantik sebagai Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (Kita), nama baru bagi Angkatan Keadilan Islam Malaysia(AKIM) pada Muktamar Agung Tahunan parti tersebut,hari ini. Beliau menggantikan Zakaria Salleh yang memberi laluan kepadanya menerajui parti itu.


 Zakaria sebelum ini dipilih sebagai presiden baru parti itu bagi menggantikan Hanafi Mamat dalam mesyuarat agung tahunan parti itu pada 26 Disember 2009. "Kita ialah parti berbilang kaum yang menghormati demokrasi rakyat", katanya dalam ucapan penggulungan beliau pada mesyuarat tersebut di Tropicana Gold Resort di sini. 


Sementara itu, Zaid berkata, partinya akan mempamerkan lambang baru, matlamat serta memperkenalkan beberapa pemimpin baru yang akan menyertainya pada 19 Januari ini. Pada tarikh tersebut, beliau akan membentangkan pindaan perlembagaan parti yang dilakukan serta perubahan struktur kepemimpinan. 


Jelas beliau, parti baru itu mempunyai seorang Ketua Parti tetapi tidak mempunyai Naib Presiden Timbalan Presiden. "Akan ada Jawatankuasa Pusat yang dipilih oleh ahli-ahli dan parti ini tidak ada banyak cawangan. Setiap negeri mempunyai satu cawangan sahaja. "Dengan itu, pentadbiran akan lebih tersusun dan lebih demokratik," katanya.


Bagaimanapun katanya, penggunaan lambang baru parti dan pindaan perlembagaan parti itu memerlukan kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan. Pada 8 Nov lalu, Zaid telah menyertai persaingan untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, bertindak keluar dari parti itu.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List