AS diancam gunung berapi paling bahaya di dunia

on Mar 11, 2011

Yellowstone National Park


Gunung berapi di Yellowstone National Park, di kawasan barat laut Wyoming, Amerika Syarikat, menunjukkan tanda-tanda aktiviti luar biasa.

Menurut catatan United States Geological Survey, lapangan di kawasan itu telah naik dengan kecepatan tiga inci atau sekitar 7,6 sentimeter setahun dalam tiga tahun terakhir. Pertumbuhan ini merupakan yang tertinggi sejak mulai dicatat pada tahun 1923.

"Pertumbuhan ketinggian tersebut adalah luar biasa kerana ia terjadi di kawasan yang luas dan pada kecepatan yang sangat tinggi," kata Robert Smith, seorang profesor geofizik dari University of Utah.

Pihaknya bimbang jika fenomena ini akan mengakibatkan letusan gunung berapi. "Walaupun begitu, kami mendapati bahawa magma di bawah kawasan itu kini berada di kedalaman 10 kilometer, jadi kita tidak usah panik," katanya.

Jika magma naik 2 hingga 3 kilometer ke atas permukaan tanah, rakyat Amerika perlu berjaga-jaga.

Yellowstone National Park pernah dua kali meletus sekitar 1.3 juta tahun lalu dan sekitar 642 ribu tahun lalu. Kali terakhir` meletus, ia memuntahkan debu sehingga ketinggian 30 ribu kaki atau sekitar 9.100 meter dan debunya telah menutup kawasan dari barat Amerika Syarikat hingga Teluk Mexico.


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List