MUHYIDDIN SUDAH BERSIAP UNTUK LAWAN NAJIB ATAU LAWAN ALI?

on Mar 11, 2011

Semua orang tahu Muhyiddin Yasin memang mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Sudah menjadi resam dunia, semua Timbalan Perdana Menteri bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

Bukan semua Timbalan Perdana Menteri yang berjaya menjadi Perdana Menteri. Allahyarham Tun Dr Ismail, Musa Hitam, Ghafar Baba, Anwar Ibrahim adalah antara Timbalan Perdana Menteri yang tidak berjaya menjadi pemimpin nombor satu negara. Nak buat macamana sudah ditakdirkan tidak dapat 'mengecapi' nikmat sebagai orang paling berkuasa di Malaysia. 

Namun Anwar Ibrahim masih berpeluang jika PR menang pada pilihanraya akan datang. Bagi Musa Hitam semuanya sudah tertutup. Selain dari mereka ada seorang lagi yang kepingin benar untuk menjadi Perdana Menteri. Orang itu ialah Ku Li, yang banyak kali kandas dalam perebutan kerusi Presiden Umno yang menjadi tiket untuk ke kerusi nombor wahid tersebut.

Kini Muhyiddin Yassin yang sedang berada di kerusi panas nombor dua itu. Muhyiddin sudah tentu berniat dan mengidam untuk menjadi Perdana Menteri. Ada dua jalan untuk Muhyiddin naik, samada menggesa Najib berundur atau Najib sendiri mahu pencen ataupun mencabar Najib untuk kerusi Presiden Umno pada pemilihan Umno akan datang.

Namun dari situasi semasa kita lihat Najib tidak akan berundur dalam masa terdekat. Penghulu 1Malaysia ini dilihat semakin gagah mencengkam kuasanya di kerusi nombor satu itu. Muhyiddin terpaksa bersabar dan kenalah berdoa supaya Najib pencen cepat.

Tetapi pada masa yang sama Muhyiddin terpaksa menghadapi ancaman Ali Rustam, pemimpin rasuah yang dihalang menentang Muhyiddin pada pemilihan lalu. Kalau di negara barat Ali sudah tentu tidak ada masa depan kerana telah didapati terlibat dengan rasuah. Namun oleh kerana tidak ada maruah dan ahli Umno sendiri tidak rasa rasuah itu jijik, maka Ali masih berpeluang untuk mencabar Muhyiddin.

Jadi sebelum Muhyiddin bercita-cita untuk merebut kerusi Najib alangkah eloknya Muhyiddin sedar diri dan berusaha untuk menghalang dari kerusinya sendiri jatuh ke tangan kaki rasuah dari negeri Hang Tuah ini.
Muhyiddin lawan Najib ATAU Muhyiddin lawan Ali?.............



MELAKA DAPAT KETUA MENTERI BARU?


Timbul desas-desus bahawa Melaka akan mendapat Ketua Menteri baru selepas Pilihanraya Umum akan datang. Ini kerana menurut makluman dalaman Umno, Ketua Menteri sekarang ada niat untuk menyabung nasib ke pusat untuk mengintai kerusi Timbalan Presiden Umno yang lama diidamkannya.

Ada pandangan menyatakan bahawa jika Ali Rustam masih di Melaka beliau tidak akan dapat mencabar Muhyiddin kerana secara tradisinya Timbalan Presiden mestilah menteri pusat untuk membolehkannya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sebab itulah menurut makluman dalaman itu, Ali beriya-iya benar membodek isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor agar beliau dipilih bertanding kerusi Parlimen dan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Untuk itu Ali mesti menyaingi penyandang kerusi Timbalan Presiden sekarang yang mengalahkan Ali secara walkover pada pemilihan lepas.

Mahu tidak mahu Rosmah mesti dibodek. Datuk Seri dah diberi kepada Rosmah, anak Rosmah juga telah dibawa makan angin ke Indonesia. Itu yang kita tahu mungkin banyak lagi yang Ali sudah berikan pada Rosmah.

Persoalannya sekarang layakkah Ali untuk menjadi Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri. Mungkin ramai yang geli hati dan ketawa mendengar bahawa Ali berangan-angan untuk menduduki jawatan nombor dua. Geli hati dan ketawa kerana Ali layak atau terlebih layak tidaklah pula kita ketahui. Namun orang Melaka semua tahu perangai Ali ................layak ke?????


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List