
Katanya hasrat untuk membawa kembali Bernama TV ke pangkuan kerajaan adalah satu keputusan yang praktikal.
"Bagaimanapun saya akan berunding dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencari penyelesaian yang terbaik," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Tahunan Umno Cawangan-cawangan Dewan Undangan Negeri Pertang di Jelebu, semalam.
Rais berkata, beliau sedang meneliti pelbagai masalah dan tanggungan yang sedang melanda stesen televisyen itu yang kini sedang berhadapan dengan masalah kewangan.
"Kementerian sedang menyusun strategi supaya BTV dapat kita corakkan terus menerus untuk memberi pelbagai jendela kepada pelbagai pihak terutama penduduk Sarawak dan Sabah," katanya.

Saham BTV Synergy Sdn Bhd dimiliki oleh Silver Ridge Bhd sebanyak 67 peratus dan agensi berita nasional, Bernama sebanyak 33 peratus melalui satu perjanjian yang dibuat pada tahun 2008.
Silver Ridge kemudian menghadapi masalah kewangan dan menyerahkan urusan bilik berita BTV kepada satu lagi syarikat swasta iaitu Redberry Sdn Bhd.
Sementara itu, Rais juga mengumumkan pelancaran satu saluran radio baru pada 1 April depan yang bakal memberi banyak ruang kepada penduduk Sabah dan Sarawak dalam menyatakan pemikiran serta cetusan muzik mereka.
- Bernama
0 comments:
Post a Comment