BN Akan Tubuhkan Kerajaan Esok, Mukhriz......

on Apr 15, 2011


JITRA, 15 April (Bernama) — Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir optimis Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kedudukan bagi membentuk kerajaan selepas keputusan pilihan raya negeri Sarawak diumumkan malam esok.
Beliau berkata hubungan antara negeri dan Kerajaan Persekutuan amat penting untuk menjamin pembangunan dan kesejahteraan berkekalan di Sarawak.
“Kita (BN) dapat melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah mereka dan saya pasti kalau mereka pilih calon bukan daripada BN, mereka akan menjadi kumpulan minoriti dan kepentingan mereka tidak akan diutamakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan komputer oleh SME Bank kepada tiga sekolah di sini hari ini.
Mukriz berkata perhubungan antara 26 suku kaum yang terdapat di Sarawak amat erat.
“Apabila kita sebut 1Malaysia, Sarawak adalah negeri yang kita dapat lihat hubungan suku kaum yang erat. Hanya dengan perpaduan teguh, sebuah kerajaan negeri yang mempunyai keseimbangan besar dapat ditubuhkan,” katanya
Terdahulu, sebanyak 20 komputer diagihkan kepada tiga sekolah yang mengalami kerosakan teruk akibat banjir yang melanda Kedah hujung tahun lepas manakala 30 komputer diagihkan ke sekolah lain yang memerlukan bantuan. 

 BERNAMA


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List