Hari-hari ‘terakhir’ Ku Li......???

on Apr 15, 2011




HARI INI… semua orang bercakap-cakap dan berkata-kata bahawa perubahan besar bakal berlaku dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-10 di Sarawak.

Cakap-cakap tersebut bukan baru tetapi telah lama sejak pilihan raya 2008 lagi yang menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya memerintah beberapa buah negeri serta mengekalkan kerajaan PAS Kelantan.
Rakyat telah lama menanti dan menunggu-nunggu bilakah tarikh pilihan raya umum berlaku pula di Semenanjung Malaysia ini. Dan paling cepat barang kali boleh berlaku pada bulan November 2011 ini.

Senario Umno-BN sudah tidak relevan lagi kepada rakyat umumnya di negara ini ‘mungkin’ telah disedari oleh bekas Menteri Kewangan Malaysia yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Kelantan iaitu Tengku Razaleigh Hamzah yang mana RPK turut menyebut nama Ku Li dalam wawancara RPK dengan TV3.
Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Ku Li’ mungkin juga telah dapat membaca pada bacaan politiknya yang Umno-BN tidak mampu bertahan lagi sebagai sebuah kerajaan.

Sebab itu, akhir-akhir ini pelbagai pendirian dan kritikan ‘Ku Li’ kepada Umno-BN semakin ‘pedas’ dan ‘berbisa’ seperti membuka ‘pekung didadanya’ sendiri.
Baru-baru ini, ‘Ku Li’ menggesa Putrajaya menghentikan sebarang amalan menganak-tirikan kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Ianya dikatakan merujuk kepada isu royalti minyak Kelantan sebagai contoh hak rakyat negeri dinafikan .
"Saya rasa tak ada perkara yang patut menghalang pemberian wang tunai (royalti) ini daripada dilanjutkan ke negeri berkenaan (Kelantan). Ada minyak bayarlah, " ujarnya dalam wawancara dengan TV Selangor.

"Tak ada (wang ehsan) dalam Akta Kemajuan Petroleum. Wang ehsan ini sedekah. Rakyat (Kelantan) bukan nak minta sedekah, Ini (royalti) hak dia," tegasnya.
Sebenarnya, isu ‘menganak-tirikan’ kerajaan lain dari Umno-BN telah lama berlaku termasuk kerajaan PAS Terengganu pada tahun 1999-2004 yang lalu.
Pelbagai sekatan dan tekanan dikenakan kepada kerajaan PAS Terengganu di bawah pemerintahan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Menteri Besar Terengganu ketika itu.
Dan Tokoh veteran Umno itu menegaskan, Kerajaan Pusat tidak harus menganaktirikan kerajaan negeri walau pun dokongan politik masing-masing berbeza kerana ia hanya menyusahkan rakyat.
"Tak kira siapa kerajaan pun, sama ada di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Selangor dan Johor sama sahaja.

“Jadi kalaulah hendak menganaktirikan negeri sebab berlainan politik, tak patut (kerana) yang menanggungnya adalah rakyat, bukan kerajaan yang berkuasa. Tak ada keadilan dari segi itu," ujarnya.
Menurut Razaleigh, konsep federalisme di Malaysia tidak akan bermakna jika hak-hak kerajaan negeri dibelakangkan.


"Kalau kita dengar ada negeri yang tak dapat layanan sewajarnya, saya rasa itu tak patut. Ia bertentangan dengan semangat persekutuan itu sendiri. Jadi tak ada makna adanya (konsep) persekutuan kalau semangat kerjasama dan tolong menolong tidak diteruskan," tegasnya.

Ku Li bercakap seperti orang Pakatan Rakyat dengan katanya Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan adalah di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Pemimpin negeri berkenaan sering merungut dipinggirkan dalam pelbagai program kerajaan pusat.


Menurutnya, pengagihan peruntukan untuk negeri-negeri berkenaan didakwa tidak setimpal berbanding negeri di bawah pemerintahan Umno-BN.

Razaleigh berkata tuduhan bahawa kerajaan persekutuan menganak-tirikan kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat tidak boleh ditolak begitu sahaja.


"Saya dengar ada pihak pusat nak cuba sabotaj pentadbiran negeri. Saya dengar di Pulau Pinang, bukan dari pihak yang berkuasa di negeri itu, tetapi dari rakyat yang memberitahu saya ada (yang) dihasut pegawai supaya jangan beri kerjasama dan sebagainya. Saya rasa tak patut.

“Seharusnya wajib diberi kerjasama kepada siapa pun yang memerintah sebaik mungkin untuk sampaikan khidmat dan apa yang perlu kepada rakyat," ujarnya.

Mengimbau isu royalti minyak Kelantan, Razaleigh berkata Kelatan tidak harus dilayan berbeza daripada Sabah dan Sarawak semata-mata kerana negeri pantai timur itu di bawah penguasaan PAS.


"Kalau negeri nak terima lima peratus, syaratnya minyak kena ada berhampiran dengan negeri. Sabah dan Sarawak terus dapat (royalti). Kalau ikut (prosedur itu), Sarawak pun tak boleh dibayar. Maknanya kerajaan boleh arahkan Petronas jangan bayar Sarawak," katanya.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak sebelum ini mendakwa Kelantan tidak layak menerima royalti untuk minyak yang digali di kawasan persisirannya namun akan diberikan wang ehsan RM20 juta sebagai ganti.


Tawaran itu ditolak oleh kerajaan negeri yang mengemukakan pelbagai bukti untuk menyokong hujah bahawa rakyat Kelantan berhak mendapatkan royalti sehingga RM2 bilion.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil keputusan untuk mengemukakan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak yang diperoleh dari perairan negeri itu - di sempadan Thailand-Kelantan.
’Ku LI’ yang juga bekas Pengerusi Petronas juga membayangkan kepimpinan kerajaan Umno-BN tidak melaksanakan Akta Kemajuan Petroleum secara betul sehingga mengakibatkan pelbagai kemelut.


"Sebenarnya Perdana Menteri adalah ‘menteri’ bertanggungjawab mengenai minyak di negara ini mengikut Akta Kemajuan Petroleum.

“Tapi pelaksanaan akta ini tidak betul. Sepatutnya Majlis Petroleum Kebangsaan menasihati Perdana Menteri mengenai perkara-perkara seperti cari gali dan penyimpanan rizab.
"Sepatutnya, Majlis Petroleum Kebangsaan dianggotai pegawai kanan kerajaan Persekutuan dan Negeri pengeluar minyak. Mereka sepatutnya menasihati Perdana Menteri, namun majlis ini tak wujud sekarang, “ dakwanya.

Dengan pandangan dan kritikan yang agak berpihak kepada Pakatan Rakyat itu, ‘Ku Li’ sebenarnya berada diambang ‘kejatuhannya’ dan akhirnya ‘dibuang’ oleh Umno-BN dalam pilihan raya akan datang.
Dan sebenarnya, ‘suara’ Tengku Razaleigh tidak ‘laku’ lagi dalam Umno-BN dan menunggu masa sahaja untuk ‘dibuang’ tokoh veteran ini dari lembaran catatan sejarah Umno-BN.
Percayalah, jika ‘Ku Li’ masih ‘mengharapkan’ Umno dan tidak beranai untuk menyatakan kebenaran yang dia sendiri lihat kezaliman, kejahatan dan kegilaan pemimpin Umno-BN. Tetapi, masih duduk dalam Umno-BN.
Maka, tunggulah masa dan ketikanya…’Ku Li’ ini akan dibuang seperti ‘kain buruk’ dan waktu itu barulah dia (Tengku Razaleigh) berjinak-jinak pula dengan Pakatan Rakyat. Jika tidak percaya…SILA tunggu dan lihat…

NOTA: “USAH MENGAUM HARIMAU TUA YANG TIDAK BERTARING DAN BERKUKU LAGI








0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List