"Selepas menulis tajuk artikel "Akhirnya Anwar Ibrahim akan dibunuh" saya amat tertarik dengan seorang forumer TKO supaya mencadangkan supaya Anwar Ibrahim berangkat ke Tanah Suci mengerjakan Umrah sebagai salah cara yang terbaik bagi beliau untuk bermunajat kepada Allah SWT dihadapan Kaabah supaya diberikan kekuatan dan memohon petunjuk seterusnya kebenaran akan bencana Fitnah yang semakin keterlaluan dan tiada batas terhadap diri beliau.
Sesungguhnya dalam keadaan yang amat sulit ini adalah lebih baik Anwar mengasingkan diri dari dunia politik buat sementara waktu ke Tanah Suci supaya dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT sambil mempertingkatkan lagi amal ibadat.Ini adalah cara terbaik buat Anwar untuk melawan Fitnah yang berterusan terhadap diri beliau.Hanya pada Allah jualah tempat yang mutlak untuk Anwar mengadu dan bermunajat dalam menghadapi ujian fitnah dasyat ini.Kelihatan tiada apa yang boleh diharapkan oleh Anwar terhadap keadilan di dunia yang semakin dinodai oleh golongan yang berkentingan dan mabuk dengan kuasa. Sememangnya setiap hamba Allah apabila ditimpa musibah perlu memilih jalan terbaik dengan mendekatkan diri mereka kepada Allah SWT supaya diberikan petunjuk serta hidayah terhadap musibah yang menimpa diri.
Semakin hari semakin dasyat tuduhan yang mengaibkan dihalakan kepada Anwar Ibrahim.Beliau tidak boleh terus membiarkan keadaan buruk terus menimpa diri beliau yang akhirnya memudaratkan diri sendiri.Mengunjungi Tanah Suci Mekah mengerjakan umrah bersama kaum keluarga adalah jalan terbaik dari terus berlawan dengan musuh-musuh politik yang sememangnya tidak pernah kenal putus asa, dosa dan pahala dalam usaha mencipta tuduhan fitnah terhadap Anwar.Biarlah musush-musuh Anwar terus hanyut dengan kerja-kerja terkutuk yang mereka lakukan dalam mencipta fitnah. Sesungguhnya amat jelas lagi pasti bahawa balasan Allah SWT atas apa yang dilakukan oleh hamba-hambaNYA khususnya perkara yang salah tetap akan dibalas samada di dunia dan di akhirat kelak.
Selepas selesai PRN Sarawak samada menang atau kalah adalah lebih elok Anwar ke Tanah Suci Mekah mengerjakan Umrah. Berehat dan carilah ketenangan di sana dengan melakukan amat ibadat kepada Allah SWT. Lupa kan seketika dunia politik Malaysia yang begitu menyusahkan diri beliau sekeluarga sejak 13 tahun lalu. Carilah Allah di kala kita amat memerlukanNYA. Kepada para penyokong PKR yang terbaca artikel yang berbentuk cadangan ini, sampaikanlah pandangan orang jauh dari selatan ini kepada Anwar sudah tentunya Anwar tidak sempat untuk membaca artikel ini. Sesuatu cadangan yang baik perlu disampaikan udemi kebaikan semua pihak.Wassalam.. "
Selepas PRN Sarawak Anwar elok mengerjakan Umrah....
Copy & Posted By mahi on Apr 15, 2011
Labels:
Anwar Ibrahim
0 comments:
Post a Comment