KEINSAFAN King Burger yang sanggup untuk menghirup semula air ludahnya yang 'dituikan' (tuiiii) ke atas Najib Razak dan Rosmah Mansor dilihat salah satu modal kempen untuk BN di Sarawak. Najib dan Rosmah merasa lega atas pengakuan Raja Petra itu. Tetapi, biarpun begitu orang tidak akan mudah untuk membuang apa yang diakujanjikan King Burger sebelum ini.
Dalam kepala umum sudah menerima apa yang ditulis dan dihemburkan kepada Najib itu. Sama ada waktu dia menulis itu diupah atau tidak, tidak menjadi hal. Pengakuan atau pun keinsafan yang tiba-tiba berlaku itu akan dijadikan ukuran. Kalau dulu BN atau pemimpin Umno menuduh Raja Petra diupah membuat siaran itu dalam blog, apa tidaknya hari ini.
Sudah pasti nilai wang kerajaan lebih mahal dan tinggi dari nilai wang pembangkang. Juga tidak menjadi hal, bagi orang yang tidak ada prinsip atau yang mengejar ringgit dalam hidupnya, wang itu tidak salah. Raja Burger mungkin telah meletakkan cara begitu, buat dosa kemudian mengakui adalah profesyen untuk dia hidup bersama isterinya Marina di luar negara. Agamanya tidak melarang berbuat begitu.
Siapa tidak mahukan duit? Semua orang mahukan duit. Dalam hal ini saya tidak salahkan orang macam King Burger, tetapi apa yang boleh dipersoalkan di manakah nilai, maruah dan kredibiliti dia sebagai seorang penulis? Tanpa dia sedar apa dilakukan itu sudah mencemarkan dunia kepenulisan - blogger. Apakah dia boleh digolongkan sebagai seorang penulis, atau tidak lebih sebagai seorang penyangak yang menggunakan pena (blog) bukannya pistol.
Ah...mungkin soal itu dia telah persetankan. Kamu tidak tahu aku duduk di luar negeri meninggalkan tanah air sakit jiwa, wei. Walaupun sedap dan segar burger di sini namun tea tarik dan nasi lemak tetap menggoda kalbu. Kamu tahu apa.? Rasa dan kenangan itulah yang menggoda King Burger untuk pulang ke Malaysia. Dan bagi orang sepertinya yang dianggap sebagai spekulator atau dr spin atau pun pereka isu yang baik tidak akan memperdulikan maruah, yang penting dia dapat pulang ke Malaysia dan apa yang dijualkan dalam blog mendapat keuntungan.
Untuk pulang ke Malaysia harus berlutut kepada PM. Kini King Burger sudah berlutut dan selepas ini dia boleh pulang dan para pemuda Umno, NGO yang sama waktu dengannya termasuk budak-budak 10, atau 11 dan 12 budak itam boleh sambut besar-besaran di airport dengan angkat sepanduk "Selamat Pulang Wira Tanahair."
Najib pula akan menerima tanpa melihat sapa King Burger kepadanya sebelum ini. Yang penting King Burger sudah katoi dan menyembahnya. Najib bukan minta tetapi lahir sendiri atas keinsafan dan rasa yang menggaru-garu dalam kepalanya.
Malam tadi King Burger menyambung lagi pendedahan dan keinsafannya. Malam sebelumnya dia telah meletakkan beberapa orang ada kaitan dengan apa yang beliau tuliskan. Antaranya ialah Nik Azmi, Jhon Pang keduanya anak buah Tengku Razaleigh, Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin.
Saya sudah ulas. Kenapa harus mengaitkan orang lain. Sebenarnya King Burger boleh bertaubat dan memohon maaf kepada Najib begitu sahaja tanpa memberi reputasi buruk kepada orang lain. Minta kerja dengan Najib... tanpa mengkhianati orang lain. King Burger boleh jadi organiser kepada rakan-rakan Fb Najib untuk berjumpa Najib di seluruh negara menjelang pilihan raya umum nanti. Serba sedikit kepakaran yang dimiliki boleh digunakan.
Apabila dia sudah mendedahkan sumber maklumatnya, King Burger menyerlahkan yang dia bukan seorang penulis yang beretika. Kalau sudah beretika macam mana orang akan menghormatinya. Seperti saya kata tadi pengakuannya kononnya untuk membersihkan Najib dan Rosmah tidak akan bersih. Orang akan lihat pengakuan itu juga diupah. Inilah bahanannya seseseorang penulis kalau sudah dilebelkan sebagai penyangak dan penulisan upahan.
Sama ada betul atau tidak maklumat itu, bila kita gunakan mereka sebagai sumber kita harus melindunginya. Kita tidak boleh mendedahkan identiti mereka. Sebab itu sebelum hendak siar, atau hendak mengambil upah atas penyiaran itu tenguk dan pegang dulu wang itu apakah bau setanggi ataupun bau arak? King Burger hebat tetapi dalam hal menilai belakang depan ini, menjaga moral selalu penulis beliau tidak hebat.
Cara King Burger itu saya lihat dia amat-amat terdesak dan rindukan kepada tea tarik. Jadi dia akan melakukan apa saja termasuk memakan para sumber maklumat dan juga sumber kewangan. Saya rasa dengan apa yang berlaku orang dapat menlai siapa dia King Burger sebenarnya. Dan benarlah apa yang ditohmohkan ke atasnya sebelum ini oleh pihak kerajaan semasa beliau menyerang kerajaan dulu.
Penilaian yang sama kini akan dilakukan oleh pihak pembangkang ke atas King Burger.
Apa yang dikatakan Syed Hamid Albar satu masa dulu semasa King Burger berada dalam lokap dia bohong mengenai keadaan dalam lokap adalah benar. Dengan sikap dan perbuatan King Burger hari ini menyebabkan orang akan membenarkan segala tuduhan dan dakwaan buruk ke atasnya.
Kalaulah pendedahan dan pengakuan memburukkan Anwar dibuat King Burger atas restu Najib itu untuk mempengaruhi pilihan raya Sarawa, pada saya ia sia-sia saja. Bukan saja orang Sarawak tidak percata kepada pembohong, pereka maklumat tetapi orang Sarawak juga. Apapun kepada King Burger diucapkan selamat kembali untuk bergabung dengan Ezam Mohd Noor. Garaplah cerita Ezam dari versi Umno pula!
0 comments:
Post a Comment