"Tak kira di mana saja, Bakri, Gelang Patah atau Segamat, saya secara ikhlas menjemput Chua Soi Lek bertanding menentang saya di dalam PRU-13." - Chua Jui Meng, Ketua PKR Johor.
http://www.thesundaily.my/news/288488
Apa reaksi Presiden MCA, Chua Soi Lek?
“Sebagai presiden, saya bertekad untuk menjadi contoh kepada ahli dan akan hanya bertanding di kerusi yang orang lain tak mau bertanding atau di kerusi yang tiada calon boleh menang."
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/2/8/nation/10695998&sec=nation
Soi Lek seharusnya mencontohi bekas Presiden MCA Lee San Choon yang menewaskan orang kuat DAP Chen Man Hin di Seremban pada 1982. Mungkin juga Soi Lek sedang memikirkan menentang Lm Kit Siang di Ipoh Timur ataupun Lim Guan Eng di Pulau Pinang kerana di kerusi kedua-dua pemimpin pembangkang ini "tiada calun boleh menang dan kerusi yang orang lain tak mau bertanding".
Ramai pemimpin Umno tidak takut berhadapan dengan pembangkang. Tun Dr Mahathir Mohamad dua kali ditentang oleh Presiden Pas Yusof Rawa (Dr Mahathir tewas pada 1969 di Kota Setar Selatan) dan sekali di tentang oleh Presiden Hamim Sudin Wahab pada 1990 di Kubang Pasu.
Sebenarnya pemimpin BN mesti berani mengharungi cabaran untuk meniup semangat kepada ahli di akar umbi.
Jangan hanya memikirkan untuk bertanding di kerusi selamat. Kalah menang di dalam pilihanraya perkara biasa.
Pada pilihanraya 1999 ramai pemimpin UMNO tewas, antaranya ialah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad ; Tan Sri Abdul Hamid Othman ; Yusof Noor ; Datuk Dr. Ibrahim Saad ; Datuk Ibrahim Ali; Datuk Idris Jusoh; Datuk Abu Bakar Daud; Datuk Tengku Mansor Mahmud; Datuk Seri Megat Junid Megat Ayub (Parit); Menteri Kewangan Kedua, Datuk Mustapa Mohamed (Jeli) dan ; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Annuar Musa (Peringat).
Ada di antara mereka ini masih aktif dan bernafas semula dalam politik. Oleh itu, tak perlu Soi Lek takut menentang Jui Meng kerana beliau ada lah Presiden parti.
Seorang presiden perlu berani. Presiden yang kecut hanya akan melemahkan semangat parti.
0 comments:
Post a Comment