BN Perlis : Shahidan dan Isa Bertelagah !

on May 3, 2013




ARAU: Mantan Menteri Besar Perlis yang juga calon BN parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim mengkritik Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa atas kegagalan beliau selaku pengarah kempen BN Perlis.

Kanyataan Shahidan dipetik The Star sebagai berkata Md Isa telah gagal menyelesaikan banyak masalah dalaman Umno Perlis yang menyebabkan pengurusan kempen yang lemah di ketiga-tiga bahagian di Padang Besar, Kangar dan Arau.

"Tiadanya koordinasi yang menyebabkan ketiga-tiga bahagian menjalankan kempen secara berasingan secara berkecamuk," katanya.

Shahidan juga mendakwa Md Isa hanya memfokuskan kempen untuk membantu calon baru di Dun Bintong (kerusi yang beliau sandang sebelum ini) iaitu Ketua Wanita Umno Perlis, Rela Ahmad, 

Shahidan, selaku Ketua Umno Bahagian Arau Umno berkata beliau mencuba sedaya upaya untuk menutup segala kelemahan Md Isa.

"Saya mengambil inisiatif memanggil mesyuarat antara ahli-ahli Umno Bahagian serta komponen BN," jelasnya pada suatu majlis di SJK (C) Hwa Aik kelmarin.~ hd



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List