Tayangan Perdana Oleh Penyiar Rasmi Dakyah UMNO

on May 3, 2013



KEMPEN BOIKOT TV3.











Tak sampai tiga jam selepas sebuah video yang dimuat naik di laman Youtube kononnya menunjukkan Saiful Bukhari Azlan telah bersumpah laknat di Kaabah rupanya palsu!

Video tersebut juga disiarkan di stesen media kawalan rejim Umno, TV3 menerusi Buletin Utama jam 8 malam tadi.

Seorang ustaz yang memerhatikan video tersebut mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan video 'pengakuan' Saiful lalu menulis di laman sosial Facebook miliknya dengan mengatakan:


Ustaz Zamri Zainal Abidin Saiful Bukhari anak Azlan Lazim bersumpah laknat di Multazam Ustaz! Habislah kita ..... Kata seorang sahabat. 

Bro relaks laaa.. Itu super-imposed la bro. Kenapa? Tubuh si Saiful langsung tak bergoyang ketika sumpah-sumpahnya itu dibaca. Mustahil dalam suasana sekarang kita boleh berdiri tegak seperti si Saiful ni di sisi Kaabah apalagi di sisi Multazam. 

Seterusnya dia juga tersalah langkah imposed gambar di depan Hijr Ismail kerana tiba-tiba timbul gambar Maqam Ibrahim di sebelah belakang dari kiri bahu si Saiful. Kalau betul dia berdiri di hadapan Multazam sepatutnya Maqam Ibrahim berada di sebelah kanan bahu Si Saiful dan kamera pula di sebelah kiri bahu dia. perhatikan betul-betul Maqam Ibrahim pula bergerak. Mengesahkan lagi gambar super imposed. Wallahualam.

Malah seorang blogger juga mengesan video KANTOI tersebut dengan mendakwa:

Cuba perhatikan di saat ada seorang hamba ALLAH berbaju putih melalui di belakang badan Saiful. Seperti bertindih dengan Saiful walhal badan Saiful tidak sama sekali bergerak mahupun tersentuh. Aku pon jadi tanda tanya. Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa. Aku tak mahu tuduh siapa yang create video ini. Tapi aku rasa ini satu penipuan.

Mereka dah mula belajar edit video bewarna dan bersuara, tapi hampa perasan tak, di kalangan ramai-ramai, suara Saiful amat jelas sekali berbanding background belakang. Itu mustahil. Cuba pergi market, rakam, background sangatlah bising. Allahuakbar. Sampai begini sekali politik Malaysia. Sedih ooii.


Analisisnya boleh diterima kerana adalah mustahil untuk suara Saiful terlalu jelas didengar di sebalik ratusan ribu umat Islam yang sedang bertawaf dan beribadat mengelilingi Kaabah walaupun bukan dalam musim haji.

Persoalannya mengapa video yang sudah dibuat pada 9 April tahun lepas baru hendak disiarkan kurang dari dua hari sebelum pilihan raya umum 5 Mei ini?

Apakah ini paku terakhir buat keranda Umno kerana sudah tidak lagi berdaya melawan hujah Pakatan Rakyat hingga sanggup menipu seluruh rakyat Malaysia??

JALAN PULANG



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List