Khir Toyo: PERKASA lebih ke depan isu Melayu

on Sep 16, 2010



Datuk Seri Khir Toyo berkata, beliau melihat bahawa NGO seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) lebih ke hadapan dalam menyuarakan isu-isu berkaitan orang Melayu di Selangor.

Dalam satu wawancara khas dengan Malaysiakini sebelum ini, bekas menteri besar Selangor itu berkata, beliau tidak tahu mengapa pergerakan Pemuda Umno tidak memainkan peranan tersebut.

khir toyo interview 150910Bagaimanapun, beliau menafikan tanggapan bahawa peranan Umno dalam bersuara mengenai isu-isu tersebut telah 'dikontrakkan' kepada NGO seperti PERKASA .

"Mungkin NGO lebih banyak bersuara berbanding Umno, (tetapi) Umno ada strateginya sendiri (iaitu) cuba untuk mendekati masyarakat terlebih dahulu.

"(Presiden Umno) Datuk Najib (Razak) beritahu kita, turun ke bawah, jumpa lebih banyak (anggota) masyarakat (dan) dan bersama dengan mereka. Itu strategi kita," katanya lagi dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Beliau juga mendakwa, Umno kini berjaya mengukuhkan kedudukannya di kawasan majoriti Melayu di Selangor, hasil daripada kempen 'Selamatkan Selangor.' Ini merupakan kejayaan peringkat awal, sebelum mereka mula memasuki kawasan majoriti bukan Melayu, kata Khir lagi.  seterus nya...

1 comments:

PW CHIANG said...

PERKASA ITU UMNO DAN UMNO ITU PERKASA. MAJORITI KEAHLIAN PERKASA ADALAH KEAHLIAN UMNO.
UMNO SELANGOR TAK KUAT KE MEMBANTU WARGA MELAYU SELANGOR, SEHINGGAKAN TERPAKSA MENGAKU PERKASA LEBIH KE DEPAN DARIPADA UMNO.
INI TERUS TERANG UMNO SELANGOR PIMPINAN ANDA DALAM KEADAAN TENAT, DENGAN BERDASARKAN KEPADA KENYATAAN ANDA.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List