Rita kembali ke pejabat....

on Sep 18, 2010

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Bukhairi, 25, hari ini mula memasuki pejabat bagi menguruskan aktiviti perniagaan syarikat kosmetik peninggalan ibunya.

Tinjauan Utusan Malaysia di ibu pejabat Nouvelles Visages Sdn. Bhd. (NV) di Jalan Raja Bot di sini mendapati, operasi syarikat itu juga lebih rancak berbanding hari sebelumnya dengan beberapa pelanggan serta pengedar dilihat keluar masuk dari pejabat tersebut.
Erni atau lebih dikenali sebagai Rita yang memakai baju kurung rona hijau dan berselendang hitam tiba di pejabatnya sekitar pukul 1.15 petang dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda berwarna putih bersama seorang lelaki dan wanita.

Beliau kemudian meninggalkan premis itu kira-kira pukul 6.10 pentang setelah hampir lima jam berada di sana.
Rita bagaimanapun enggan memberi sebarang ulasan mengenai perkembangan kes ibunya itu.
"Saya tidak dapat memberi ulasan hari ini, namun silalah datang ke rumah saya esok dan saya akan memberi kenyataan di sana nanti," katanya.

Menurut satu sumber, Rita datang ke pejabat untuk menguruskan aktiviti perniagaan yang tergendala sejak kehilangan ibunya pada 30 Ogos lalu.

"Pejabat ini telah beroperasi sejak Rabu lalu, namun baru hari ini beliau berkesempatan untuk datang ke sini," katanya.
Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, hilang selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Ahad lalu, polis mengesahkan keempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu mereka dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat di Kuala Langat.

um

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List